no comments

(GAMBAR) Neelofa Bercium-ciuman Ketika Bercuti Di Dubai

Pasti ramai cemburu terutamanya jejaka-jejaka, selepas melihat beberapa keping gambar pelakon dan pengacara terkenal, Neelofa ini.

Gambar yang dimuatnaik oleh Neelofa yang sedang bercuti di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) itu, mencuri perhatian pengikut di laman Instagramnya.

Mana tidaknya, gambar Neelofa sedang bermanja dan bercium-ciuman dengan ikan lumba-lumba di Marine and Waterpark, Atlantis The Palm mengundang komen cemburu netizen.

Neelofa menerusi Instagram peribadinya memuat naik foto tersebut pada pagi tadi dan mendapat 180,000 tanda suka dan hampir 2,000 komen pengikut.

“Melalui banyak pengalaman baru di Dubai, termasuk merasai kasih sayang daripada ikan lumba-lumba yang baik ini. Saya cium ikan lumba-lumba ini dan saya sukakannya,” tulis Neelofa.

Rata-rata netizen meninggalkan komen cemburu dengan ikan lumba-lumba tersebut yang berpeluang mencium pipi pengacara program Meletop ini.

“Alalaaa.. manjanya si dolphin ni dengan Neelofa,” tulis kristal1955.

“Untunglah jadi ikan itu… Mimpi indahlah malam ni,” kata amirzulhafiz93.

“Kenapa cium dolphin tu? Alaa… Hmmmm,” komen redzuwwann pula.

Menerusi carian di laman Twitter, Neelofa berada di Dubai sejak 19 Disember bagi mempromosikan Tahun Melawat Dubai yang dianjurkan oleh kementerian pelancongan negara tersebut.

Antara lokasi yang dikunjungi oleh pelakon cantik ini ialah Desert Safari Dubai, Nusr-Et Dubai, Four Seasons Resort Dubai, menara tertinggi dunia iaitu Burj Khalifa dan banyak lagi.

Apa-apapun, selamat bercuti Neelofa!

Mstar

Reply