no comments

Nasha Aziz Akhirnya Umum Berita Mengejutkan Di Usia 51 Tahun. Tahniah Kepada Nasha!

Pelakon senior yang juga model popular Nasha Aziz mengakui jambangan bunga yang selalu diterimanya adalah kiriman dari seseorang yang sangat istimewa.

Nasha atau nama sebenarnya Noraishah Abdul Aziz berkata, hadiah tersebut sudah semestinya dari seseorang yang menyayangi dirinya.

“Seseorang yang memang sayang sayalah. Sudah tentu orang yang menyayangi akan memberikan penghargaan dalam bentuk bunga kepada wanita.

“Saya rasa itulah simbol percintaan. Betul kan? Simbolik bunga itu adalah salah satu cara untuk kita selalu mengingatinya.

“Kerana mungkin dengan selalu memberi pemberian itu, dia boleh menarik perhatian saya dengan cara memberi bunga” kongsinya yang sudah mengenali individu rahsia tersebut sejak 9 bulan yang lalu.

Apabila ditanya mengenai perasaannya ketika ini, pelakon filem Buli itu turut mengakui sekarang sedang dilamun cinta setiap hari.

‘Saya sebenarnya memang tengah dilamun cinta setiap hari. Saya selama ini memang mencari cinta pada setiap waktu.

‘Cinta tu bukannya datang dari seorang lelaki dan wanita sahaja, tapi kita semualah” tambah Nasha lagi.

Disoal mengenai kriteria lelaki yang menjadi idamannya, Nasha 51 bagaimana mengambil sikap enggan berkongsi tentang perkara itu buat masa ini.

“InsyaAllah, dia mungkin menepati. Saya kena kenal lebih rapatkan?. Cuma ruang untuk rapat itu agak susah sebab baru sahaja sembilan bulan” katanya semasa ditemui dalam majlis sidang media Tablis Iblis arahan Kabir Bhatia di Panggung Asia Gombak yang lalu.

Bercerita mengenai penglibatanya dalam filem bergenre seram itu. Nasha mengatakan dia telah menerima tawaran tersebut setelah beberapa kali berbincang dengan penulis skrip dan pengarah. Ianya sekaligus mahukan saya keluar dari zon selesa melalui watak yang selalu dibawakan sebelum ini.

Sebelum ini, penerbit terkenal Fadzil Teh telah mendedahkan Nasha selalu menerima jambangan bunga semasa berada di set penggambaran karya terbitannya.

Melalui perkongsian ditikok, Fadzil telah memuat naik video dirinya yang sedang mengusik pelakon tersebut untuk bertanya-tanya, siapakah gerangan individu yang berjaya mencuri hatinya itu.

Nasha Aziz adalah seorang pelakon dan model Malaysia yang sebelum ini pernah mendapat jolokan ‘Supermodel Malaysia’. Dalam kerjaya seninya, dia turut menerima pencapaian dan anugerah yang membanggakan seperti Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia.

Dia memulakan kerjayanya dalam bidang peragaan sejak tahun 1989, bakatnya itu mula dikenalkan oleh Tiara Jacquelina, dia terus berkembang dalam kerjaya peragaan sehingga mendapat tawaran kontrak peragaan diperingkat antarabangsa di New York Amerika Syarikat. Namun disebabkan ingin menjaga batas agama dan budaya, dia memilik untuk terus tinggal di Malaysia dan meneruskan kerjaya peragaan disini.

Nasha Aziz mula melibatkan diri dalam dunia lakonan melalui telefilem Duit Free dibawah arahan Zainal TJ sekitar tahun 1994, kemudian dia lebih serius dalam bidang lakonan menerusi kemunculan pertamanya dalam filem yang berjudul Kad Cinta bergandingan dengan Hairi Othman.

Berita mengenai Nasha sedang mengenali seseorang ini pastinya menjadi satu perkembangan positif buat dirinya memandangkan ramai peminat ingin melihat dirinya mengakhiri zaman solonya. Sebagai peminat, kita doakanlah yang terbaik agar Nasha akan bertemu jodoh yang baik dan berakhir ke jinjang pelamin.

Walaupun usianya sudah menjejak 51 tahun, tidak dapat dinafikan kecantikan dan keanggunanya masih kekal hingga kini. Bagi anda yang melihat dirinya pasti anda tidak akan percaya bahawa usianya sudah mencapai nombor itu, namun sebagai pengikut kita dia terus dimurahkan rezeki dan mendapat jodoh yang baik untuk dirinya.

Reply