no comments

Najib Razak Lawat Tun Dr Mahathir di IJN

Najib Razak Lawat Tun Dr Mahathir di IJN

Hari ini dalam sejarah, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini (23 November 2013) mengunjungi Tun Dr Mahathir Mohamad di Wad Umum Institut Jantung Negara (IJN).

Najib dan Rosmah meluangkan masa lebih 30 minit bersama Dr Mahathir yang ditemani Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Dr Mahathir berada dalam keadaan riang.  

Bekas perdana menteri itu memberi respons baik kepada rawatan sejak dimasukkan ke IJN Sabtu lepas kerana jangkitan dada.  

“Pasukan perubatan puas hati dengan kemajuan beliau,” kata satu kenyataan dari pejabat Dr Mahathir hari ini.

Kenyataan itu menjelaskan bekas perdana menteri kini menjalani rawatan dan fisioterapi dada serta senaman. – Bernama

Sumber Sinar Harian: 23 NOVEMBER 2013

Reply