Najib Razak Diiktiraf Pemimpin Islam Kedua Paling Berpengaruh di Dunia
Tidak disangka-sangka walaupun terpalit dengan skandal 1MDB dan pelbagai lagi isu lain, nama Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah berjaya tersenarai didalam senarai pemimpin Islam paling berpengaruh di dunia.
Perdana Menteri Malaysia Najib Razak, telah diiktiraf oleh sebuah portal Barisan Nasional yang memang dikenali sebagai sebuah portal pro Najib.
Pengiktirafan keatas Najib selaku pemimpin Islam kedua paling berpengaruh itu berada di kedudukan selepas Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan. Beliau menjadi pemimpin Islam pertama berpengaruh sejurus berjaya menyelesaikan krisis di Syria, pelarian dan dalam masa sama dapat mengekalkan kestabilan ekonomi negaranya.
Raja Arab Saudi, Raja Salman Bin Abdulaziz Al Saud berada dikedudukan ketiga dalam senarai yang ditulis oleh portal itu. Penjaga dua kota suci itu merupakan Putera yang amat disegani oleh 4,000 orang Putera Raja keluarga Al Saud. Raja Salman juga amat berpengaruh dalam bidang media cetak di negara berkenaan.
Menduduki tempat keempat dalam senarai 10 pemimpin Islam dunia itu adalah Dr Yousef Ahmad Al-Othaimeen. Beliau merupakan Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang amat berpengaruh di negara-negara Islam Asia Tengah.
Pemimpin Islam ditempat kelima pula ialah Ismail Haniyeh. Beliau merupakan Perdana Menteri Palestin sejak 10 tahun lalu dan bertanggungjawab dalam urusan diplomasi yang lebih baik untuk penyelesaian konflik antara Palestin dan Israel.
Tampil menjadi pemimpin Islam keenam paling berpengaruh di dunia adalah pemimpin negara jiran kita iaitu Sultan Brunei Darussalam. Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzadin Wad’daulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Sir Omar Ali Saifuddin merupakan Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei ke-29 dan Perdana Menteri pertama negara tersebut.
Pemimpin Islam kesembilan paling berpengaruh di dunia ialah Prof. Dr. Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi, pastinya majoriti dari umat Islam mengenali ulama dunia ini. Presiden Persatuan Ilmuan Islam Antarabangsa ini amat lantang terhadap kekejaman umat Islam yang berlaku di Rohingya, Syria, Palestin, disamping tidak pernah jemu menyeru dunia kearah jalan damai dan bukan bersifat ekstrimis.
Sumber Asal: TV14