NAJIB PATUT DITANGKAP DI BAWAH AKTA SOSMA
NAJIB PATUT DITANGKAP DI BAWAH AKTA SOSMA – TUN M
Bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak perlu dipenjarakan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2015 (SOSMA).
Mahathir mengaitkan Najib dengan pemenjaraan bekas pemimpin bahagian Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Matthias Chang selepas membuat laporan polis dalam isu 1MDB.
“Saya ingat Najib perlu disiasat polis dan ditahan bawah Sosma lebih lama daripada Khairuddin.
“Kalau orang seperti Khairuddin, kena soal sebab buat laporan polis, saya ingat Najib kena soal dalam Sosma kerana tidak demokrasi.
“Najib kongkong mesyuarat agung dan tidak benarkan orang bercakap,” katanya kepada 1,000 hadirin di Kelab Sultan Sulaiman malam ini.
Mahathir turut berkata, Najib tidak layak menjadi perdana menteri kerana menggunakan kekerasan terhadap mereka yang mengkritik presiden Umno itu.
“Najib tidak layak jadi PM, dia akan guna kekerasan untuk tangkis desakan kepadanya, dia guna kekerasan untuk bagi amaran kepada kita.
“Kalau awak bercakap kami akan ambil tindakan.
“Itu negara demokratik ala Najib, kalau dia terus kekal, negara ini akan hancur, yang jadi mangsa bukan sahaja Melayu, Cina, India turut jadi mangsa,”
Mahathir turut mengingatkan hadirin yang hadir untuk mempersoalkan isu berkatan 1MDB dan derma RM2.6 bilion tanpa gentar.
“Jangan terima Datuk Seri Najib dalam apa cara sekalipun, persoalkan 1MDB, RM2.6 bilion tanpa gentar.
“No risk no gain, kalau balik nak senyap sahaja nanti akan jadi pengemis dalam negara kita,” katanya – MalaysiaKini