no comments

Najib Bertambah Kuat Dengan Kuasa Baru 1 Ogos Ini

Najib Bertambah Kuat Dengan Kuasa Baru 1 Ogos Ini

Mulai Isnin ini(1 Ogos 2016) dengan kuasa baharu di bawah Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN), kedudukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan bertambah kuat.

Akta MKN yang berkuat kuasa pada 1 Ogos 2016 membolehkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menetapkan sesuatu kawasan sebagai “kawasan keselamatan” yang membenarkan pasukan keselamatan memeriksa mana-mana individu, kenderaan atau bangunan tanpa memerlukan waran.

Ia juga membenarkan penyiasat mengabaikan sebarang penyiasatan formal berhubung pembunuhan dilakukan polis atau tentera di dalam sesuatu “kawasan keselamatan”.

Parti Barisan Nasional menyokong undang-undang itu sebagai cara menangani soal keselamatan di negara majoriti Islam itu, yang sudah lama berdepan dengan sekumpulan kecil Islamis Radikal.

Tetapi pengkritik berkata undang-undang yang memberikan kuasa meluas itu mengancam hak asasi dan demokrasi. MKN dilihat boleh menjadi alat mendiamkan pengkritik susulan skandal 1MDB.

“Kebimbangan di kalangan badan sivil dan lain-lain ialah MKN boleh digunakan bagi menentang apa-apa sahaja yang kerajaan tidak puas hati,” kata Wan Saiful Wan Jan, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), dan menambah kuasa itu boleh digunakan ketika perhimpunan jalanan.

“Ia memang memberikan kuasa penuh kepada PM mengisytiharkan zon darurat…,” katanya.

Akta itu diluluskan tanpa mendapat perkenan Yang DiPertuan Agong, walaupun istana pernah mencadangkan beberapa perubahan.

Reply