no comments

Naik Lagi! Ini Harga Terkini Minyak Petrol & Diesel Mulai 17 Ogos Hingga 23 Ogos 2017

Naik Lagi! Ini Harga Terkini Minyak Petrol & Diesel Mulai 17 Ogos Hingga 23 Ogos 2017

Sedia maklum, mekanisme harga bahan api negara kini ditetapkan setiap minggu sejak diperkenalkan pada April lalu.

Minggu ini harga runcit bagi minyak petrol, naik lagi untuk empat minggu berturut-turut.

Bermula jam 12.01 tengah malam ini, RON95 akan dijual pada harga RM2.15 seliter (naik 3sen) manakala RON97 pula akan dijual dengan harga RM2.43 (naik 4sen).

Kenaikkan itu dilihat sejak tujuh minggu lalu apabila hanya sekali (20 Julai) harga untuk ketiga-tiga bahan bakar itu kekal.

Manakala harga diesel pula bagaimanapun turun 2sen dan akan dijual pada harga RM2.06 seliter berbanding RM2.06 seliter sebelum ini.

Harga minyak yang diumumkan setiap Rabu ini, akan berkuatkuasa pada tengah malam ini dari 17 Ogos 2017 sehingga 23 Ogos 2017.

Reply