no comments

Mulut Ternganga Luas, Tidur Nyenyak Atas Motor Tengah Jalan. Mujurlah Abang Ni Datang

Pernahkah berlaku dalam kehidupan anda apabila anda merasa diri sangat-sangat mengantuk ketika sedang memandu kenderaan? Sudah pasti ramai yang mengalaminya terutamanya mereka yang terlalu keletihan dan tidak cukup tidur. Sekiranya anda mengalami keadaan seperti ini, seeloknya anda berhentilah dimana-mana perhentian atau di tempat yang selamat untuk berehat dan tidur sebentar.

Mungkin itulah hasrat seorang penunggang motor ini ketika ditemui sedang nyenyak tidur. Namun yang anehnya, bagaimana penunggang motorsikal ini boleh tertidur semasa di tengah jalan?

Satu video telah tular di media sosial Thailand yang menunjukkan 3 orang lelaki yang sedang cuba mengejutkan seorang penunggang motorsikal yang sedang tidur nyenyak di atas tempat duduk kenderaanya. Lelaki itu ditemui berada di lorong tepi jalan raya seperti yang dilaporkan oleh Portal Thaiger kelmarin.

Menerusi video yang telah dimuat naik dalam sebuah kumpulan komuniti facebook itu, pemilik motorsikal berkenaan kelihatan tidur dengan cukup nyenyak sehinga keadaan mulutnya ternganga luas.

“Bangun, adakah anda sedar bahawa anda sedang tidur di tengah jalan ni? Tolong bangun” kata para lelaki yang cuba mengejutkan lelaki yang sedang tidur nyenyak itu.

Selepas beberapa kali dikejutkan, akhirnya lelaki tersebut terjaga dari tidur dan kelihatan keliru dengan keadaan sekelilingnya. Menurut lelaki tersebut, dia mengakui bahawa dia bukan sedang mabuk atau mengambil apa-apa bahan yang mengkhayalkan. Kumpulan lelaki berkenaan menunjukkan isyarat 2 jari bagi membuktikan dia dalam keadaan baik dan bukan sedang mabuk. Lelaki itu kemudiannya telah mengikut arahan dan respon untuk memaklumkan dia dalam keadaan yang baik.

Selepas itu, lelaki berkenaan meminta tolong salah seorang ahli sekumpulan lelaki disitu supaya menghantarnya pulang kerana sudah tidak terdaya lagi untuk menunggang motorsikal.

Selepas lelaki itu membuat permintaan, mujurlah salah seorang dari ahli kumpulan lelaki tersebut sanggup menolong dan menghantarnya pulang ke destinasi yang ditujunya.

Lokasi berlakunya kejadian lucu itu tidak ada dinyatakan, tetapi ianya tidak kelihatan di jalan yang sibuk dengan kenderaan seperti di Bangkok.

Melihat respon warganet, ramai yang geli hati dengan rasa terhibur dengan perkongsian video berkenaan. Dalam masa yang sama, ada juga yang memuji tindakan lelaki-lelaki berkenaan yang dilihat perihatin terhadap keadaan yang menimpa lelaki yang tidur itu.

Sekiranya penat memandu kenderaan samada kereta atau motorsikal, berhentilah rehat dimana-mana sehingga rasa penat itu pulih. Fokus itu amat penting semasa hendak memandu, jangan dibiarkan rasa mengantuk itu berterusan semasa memandu kerana dikhuatiri berlaku ‘micro sleep’ yang boleh mengakibatkan kejadian yang tidak diingini.

Walaupun perkongsian ini dilihat agak lucu dan menghiburkan, namun keprihatinan yang ditunjukkan oleh sekumpulan lelaki ini harus dipuji. Ianya bukan soal betapa baiknya lelaki yang mengejutkanya ini, apa yang lebih penting adalah faktor keselamatan yang perlu diutamakan oleh penunggang motorsikal berkenaan.

Dia dikira beruntung kerana masih selamat kerana tidak berada di tengah jalan yang sibuk, sekiranya kejadian itu berlaku dijalan yang sibuk, ianya lebih menambah risiko kejadian yang tidak diingini. Pesanan buat pemandu diluar sana, tidak kiralah membawa kereta atau motorsikal, sekiranya keadaan anda sudah terlalu keletihan, carilah segera tempat berehat. Ianya amat penting bagi memastikan tenaga anda dapat dipulihkan semula. Sekiranya anda terlalu kepenatan, anda boleh menjadi mengantuk dan tidak mampu lagi fokus kepada pemanduan.

Semoga rakaman video yang tular ini boleh menjadi peringatan untuk kita semua.

Reply