1 comments

Mengejutkan! Ini Teguran Mufti Buat Follower/Penyokong Sajat Dan Safiey Ilias Yang Support Pondan!

Perbuatan terkutuk menukar jantina dan penampilan sudah menjadi perkata biasa buat golongan makyah/pondan. Lebih menyedihkan lagi, golongan ini turut mempunyai ramai pengikut yang terus menyokongnya, membuatkan mereka lebih berani menonjolkan diri secara terang-terangan.

Justeru, Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad berkata, “Bukan sahaja lelaki yang menyerupai perempuan ataupun perempuan menyerupai lelaki itu dilaknat ALLAH, tapi yang menerima perkara itu juga boleh dianggap berdosa kerana bersubahat,” katanya.

Menurutnya, tindakan masyarakat yang terus memberi perhatian dan sokongan terhadap individu terbabit tanpa melihat dari sudut agama boleh menggalakkan lebih ramai golongan itu menonjolkan diri tanpa rasa malu dan bersalah.

“Kalau lelaki menyerupai perempuan itu kita halalkan, ertinya kita telah menghalalkan sesuatu yang telah diharamkan oleh ALLAH. Kalau di Negeri Sembilan jika ada yang dilihat berkelakuan sebegitu secara terbuka, ia sudah boleh didakwa.

“Apa yang mengecewakan masyarakat kita kurang celik tentang hukum hakam agama dan tak komited tentang pelaksanaannya menyebabkan perkara seumpama itu dibiarkan kerana sudah dianggap biasa selagi individu itu tidak melanggar undang-undang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai lelaki yang mencari rezeki dalam bidang kosmetik tetapi berpakaian wanita hanya semata-mata untuk melariskan perniagaan.

“Kalau diterima dan dibiarkan golongan ini akan semakin meluas. Tak mustahil akan ada pula yang ikut bila tengok individu sebegini berjaya.”

Bagaimanapun katanya, tidak menjadi masalah untuk golongan lelaki menjual produk kecantikan atau kosmetik wanita, selagi ia datang dari sumber yang halal.

Selain itu katanya, jika golongan ‘khunsa’ yang dilahirkan dalam keadaan dua sifat lelaki dan wanita, perlulah berjumpa dengan doktor bagi membuat pengesahan identiti mereka.

Semalam, Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) sudah membuat pertemuan dengan Nur Sajat bagi mendapatkan pencerahan dan segala persoalan mengenai status jantina usahawan kosmetik berkenaan. Bagaimanapun hasil pertemuan itu tergantung dan masih menjadi tanda tanya.

Sinar Online

One Response

  1. cantas

Reply