no comments

Minyak Naik 20sen Jamal Serbu Pejabat PM Esok?

Minyak Naik 20sen Jamal Serbu Pejabat PM Esok?

Susulan kenaikan harga minyak ron 95 sebanyak 20sen pada bulan februari 2017, mula viral satu gambar status facebook Dato Jamal Yunus di laman sosial.

Bagi rakyat Malaysia sudah tentu terkejut dan menyokong tindakan yang dibuat oleh Jamal itu. Namun….itu hanyalah sekadar sandiwara belaka.

Datuk Seri Jamal Md Yunos Menafikan

KUALA LUMPUR – Pengerusi Gerakan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos menafikan bahawa beliau menyeru orang ramai supaya menyerbu pejabat Perdana Menteri, di Putrajaya esok bagi membantah kenaikan harga minyak.

Menerusi satu kenyataan hari ini, Jamal berkata, sebaran info itu adalah berniat jahat dan fitnah semata-mata.

“Itu palsu,” ujar Jamal berhubung sebaran kenyataan yang didakwa ditulis beliau di Facebooknya.

Terdahulu, tersebar di media sosial satu keratan kononnya ditulis oleh Jamal di Facebook.

“Ayuh turun beramai ramai di hadapan pejabat PM, Putrajaya bersama Datuk Seri Jamal Md Yunos, Gabungan NGO Malaysia, ahli Umno dan rakyat Malaysia untuk membantah kenaikkan harga minyak yang membebankan rakyat.

“Jam 10 pagi, esok…sila bawa kenderaan anda bersama,” tulis kenyataan itu.

“Ini Facebook saya,” ujar Jamal menjelaskan perkara itu beserta dengan paparan Facebooknya yang sebenar.

Reply