no comments

MESTI BACA !!! 8 CIRI WANITA CALON PENGHUNI NERAKA

MESTI BACA !!! 8 CIRI WANITA CALON PENGHUNI NERAKA.jpg

MESTI BACA !!! 10 CIRI WANITA CALON PENGHUNI NERAKA

Rasulullah  bersabda: Aku melihat ke dalam neraka, maka aku lihat kebanyakan penghuninya kaum wanita, yang demikian itu disebabkan oleh kerana jarang taat kepada perintah Allah dan RasulNya serta suami mereka dan kerana banyak bersolek untuk mempamerkan kecantikan selain dari Suaminya. Lalu Rasulullah bersabda: “Aku menangis sewaktu aku diangkat ke langit, aku melihat para wanita umatku sedang disiksa di dalam api neraka.”

Berikut 8 ciri-ciri wanita sebagai calon yang akan menghuni Neraka:

1.Wanita yang tidak menutup auratnya dengan sempurna (Tabarruj) :

– Ciri-ciri ini adalah yang paling top pada dunia akhir zaman ini. Berpakaian tapi telanjang. Menampakkan perhiasannya dan keindahan tubuhnya serta apa-apa yang seharusnya wajib untuk ditutupi dari hal-hal yang dapat menarik syahwat lelaki. Sekarang, ramai wanita yang mengaku Islam, tetapi suka mempamerkan keindahan tubuhnya, dengan memakai pakaian yang menampakkan bahagian-bahagian tertentu agar kelihatan seksi. Ada juga wanita Islam yang sudah bertudung, namun tidak memenuhi syarat-syarat menutup aurat sesuai aturan Islam, ketat sehingga menampakkan bentuk tubuhnya.

2. Derhaka Terhadap Suami :

Kederhakaan yang dilakukan seorang isteri terhadap suaminya pada umumnya mempunyai tiga bentuk kederhakaan yang sering kita jumpai pada kehidupan masyarakat kaum Muslimin. Tiga bentuk kederhakaan itu adalah :

1. Derhaka dengan ucapan.
2. Derhaka dengan perbuatan.
3. Derhaka dengan ucapan dan perbuatan.

3. Kufur Terhadap Suami dan Kebaikan-Kebaikannya :

– Kekufuran seumpama ini terlalu banyak kita dapati di tengah-tengah keluarga kaum muslimin, iaitu seorang isteri yang mengingkari kebaikan-kebaikan suaminya selama sekian waktu yang panjang hanya dengan sikap suami yang tidak sesuai dengan kehendak isteri. Allah tidak akan melihat kepada wanita yang tidak mensyukuri apa yang ada pada suaminya dan tidak merasa cukup dengannya. Maka tidak layaklah bagi wanita yang mengharapkan akhirat untuk mengkufuri kebaikan-kebaikan suaminya dan nikmat-nikmat yang diberikannya atau meminta dan banyak mengadukan hal-hal kekurangan yang tidak sepatutnya untuk diperbesar-besarkan.

4. Orang perempuan yang keluar tanpa keizinan suaminya.

5. Orang perempuan yang suka mereka-reka cerita/ mengumpat (fitnah) :
– suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.

6. Orang perempuan yang memasyhurkan dirinya di kalangan orang ramai.
– Berhias untuk dilihat oleh lelaki lain (ajnabi). Semata-mata hanya untuk orang melihat akan tertarik kepadanya kerana perhiasan yang pakainya.

7.Orang perempuan yang boleh solat, puasa tetapi dia tidak mahu mengambil wudhu dan dia tidak mahu mengerjakan solat serta tidak mahu mandi junub
– Mereka akan diikat kedua kaki dan tangannya sehingga sampai kepada ubun-ubunnya, dan dibelit dengan beberapa ekor ular dan kalajengking pada hari akhirat kelak.

8.Orang perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta. Dia akan menerima azab, kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keledai.

Begitulah azab dan kesengsaraan yang dialami oleh wanita yang telah dilihat oleh Rasulullah s.a.w ketika dibawa ke langit dalam peristiwa Israk dan Mikraj.

Hindarilah tabarruj dan berhiaslah dengan berpakaian yang ditetapkan oleh Islam yang akan menyelamatkan kaum wanita dari dosa di dunia ini dan azab di akhirat kelak. Jangan diikut dengan gaya hidup barat dan pemikiran sekular pemimpin-pemimpin wanita Islam yang cuba mempertikaikan hukum-hukum Allah dan mempertikaikan hak-hak wanita yang telah dinyatakan di dalam al-Qur’an. Semoga Allah s.w.t. menyelamatkan kita dari azab-Nya yang pedih itu.

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close