Merata Negara Mat Salleh Ni Pergi Takde Siapa Pandang, Lepas Masuk Malaysia Buat ‘Content’ Sikit Terus Jadi Famous. Siap Masuk FYP
Negara kita Malaysia sememangnya sebuah negara yang kaya dengan industri pelancongan. Banyak destinasi pilihan yang boleh dikunjungi untuk melakukan pelbagai aktiviti menarik.
Disebabkan banyak destinasi pelancongan menarik di Malaysia, ianya turut menarik ramai pelancong asing untuk datang ke Malaysia dan secara tidak langsung memberika promosi percuma terhadap pusat pelancongan di Malaysia.
Namun berbeza pula dalam satu situasi lain dimana, ada sesetengah dari mereka ini cuba mengambil kesempatan dari sikap orang Malaysia yang sangat meraikan tetamu.
Baru-baru ini telah tular di media sosial seorang pelancong asing yang datang dari francis menghasilkan ‘content’ pelancongan Malaysia.
Apa yang menghairankan, dalam masa yang sangat pantas, lelaki ini telah menjadi popular dalam sekelip mata sahaja akibat daripada pujian lelaki ini terhadap lokasi, budaya dan adat orang Malaysia.
Berkongsi tangkap layar yang dimuatkan di facebook, seorang individu bernama Khairul Azri telah menyatakan mengenai lelaki eropah ini.
Mamat Frɛnch ni sebenarnya dah jalan mɛrata. In fact sebelum masuk Malaysia dia dah pṳsing Thailand 2 bulan tak ada pun rἀkyat Siam layἀn dia.
Mai Malaysia..sampai Al0q Staq, buat first vidɛo, puji Malaysia, rakyat Malaysia sikit.. B0om.
Dalam masa sɛhari 100K foll0wers Malaysia foll0w dia.
Masuk seminggu foll0wers dah naik 200K, siap ada sɛsi berjumpa peminat(meet and grɛet) makan makan.
Ni tak habis minggu kedua dah lebih 250K f0llowers baru, siap dapat hἀdiah barang dari fἀns Malaysia.
Terbaru semalam siap buat reviɛw kedai makἀn dah. 😅
Benda yang kita boleh bɛlajar,
1. Orang Malaysia(tak semua) masih ramai yang mɛndambakan/crave ‘appr0val’ orang luar terutamanya Mat salleh pasal kita dan negara kita sebab tu c0ntent ‘pandɛring’ macamni masih kekal di cἀrta fyp dan boleh jadi c0ntent kat page dan mɛdia di Malaysia.
2. Time to m0ve to TikT0k.
Sumbɛr: FB Khairul Azri
Membaca di ruangan komen, ramai netizen bersetuju dengan kenyataan Khairul Azri ini, dalam masa yang sama ada juga yang cuba bersangka baik dengan lelaki eropah ini.
Ada yang berpendapat, kita warga malaysia sememangnya sebuah masyarakat yang suka meraikan tetamu. Tidak kira mereka datang dari mana sahaja, tak kira kulit apa, bangsa, pastinya disambut dengan penuh budi bahasa.
Selain itu juga, terdapat juga warganet yang kurang setuju dengan pendapat Khairul Azri yang menyatakan bahawa, tindakan lelaki itu secara tidak langsung dapat mempromosikan Malaysia secara percuma dan mampu membuka mata dunia luar untuk datang ke Malaysia.
Secara tidak langsung, dapat meningkatkan kadar tukaran matawang asing sekaligus mampu memberikan impak positif kepada ekonomi negara.
Daripada situasi ini, kita sebagai rakyat Malaysia harus bersangka baik kepada sesiapa sahaja tidak kira siapapun mereka. Selagi mereka datang dengan cara baik, tidak melakukan sebarang kemudaratan kepada kita, malah memberikan impak positif pula, sambutlah mereka dengan baik.