Menyayat Hati. Kisah Sedih Suami Malukan Isteri Di Pasaraya “Jangan Panggil Aku Sayang!”

Dalam kehidupan rumah tangga, sudah tentu ada onak dan duri yang perlu dihadapi kerana ketika itulah mereka yang benar-benar bertanggungjawab sebagai suami dan isteri akan memikul amanah dengan baik dan kasih sayang sebagai suami isteri dapat dicurahkan.

Namun bukan semua yang mengecapi kebahagiaan, sebelum perkahwinan semuanya indah belaka, semua janji-janji kesetiaan, lafaz sayang menjadi sebutan setiap hari ketika sedang hangat bercinta.Tetapi semuanya berubah selepas mendirikann rumah tangga, mungkin salah suami, mungkin juga salah isteri, masing-masing mempunyai kelemahan , bila sampai masa emosi dan marah menguasai diri, maka terjadilah pergaduhan antara suami isteri.

Perkongsian kali ini ingin berkongsi realiti kehidupan rumah tangga yang ada pahit manisnya untuk tatapan anda semua.

Seorang pengguna sosial media telah berkongsi satu kisah pasangan suami isteri melalui facebook peribadinya. Dia meluahkan rasa sedih atas apa yang dilihatnya di depan mata.

Menurutnya, dia yang bernama Sarie Tanjung itu cukup tergamam dengan kejadian yang selama ini hanya melihat banyak adegan itu dalam drama televisyen. Melihat adegan di televisyen mungkin tidak merasa apa-apa kerana itu hanyalah sekadar lakonan, namun ini adalah kejadian sebenar yang mengayat hati. Ianya satu kejadian untuk cukup memalukan bagi seorang wanita yang bergelar isteri. Ianya berlaku betul-betul di depan matanya.

Punca kejadian itu berlaku kerana gemuk, tapi adakah anda tahu apakah 4 sebab utama mengapa wanita akan cepat gemuk dan kelihatan tua selepas berkahwin? realitinya adalah berpunca dari suami.

“Jangan nak panggil aku sayang”

Tadi sempat pergi pekan kejap nak beli bahan-bahan untuk memasak, tiba-tiba ada satu keluarga ni datang. Si isteri ni tengah mendukung anak berumur 8 atau 9 bulan lebih kurang. Tangan kanannya pula ada anak kecil berusia 3 tahun yang sedang dipimpin. Suaminya hanya berlengang tanpa memegang apa-apa.

Satu dialog yang cukup menyakitkan hati semua wanita atau kaum hawa di dunia ini. Tidak kira anda bangsa apa sekali pun ,pasti akan rasa marah bila mendengar apa si suami ni cakap kepada isterinya.

“Abang pegang anak kejap, minta isterinya.

Si suami itu hanya berdiam diri, membisu dan buat tak tahu, macam takde apa-apa

“Abang cari mila, nanti tak ingat, katanya lagi.

Si suami itu membalas dengan masalah “hmmmm” itu sahaja bunyinya.

‘Abang, amat mana?, tanya isterinya melihat si kecil sudah tiada di depan matanya.

Si suami memandang kiri dan kanan ( anak dia tu ada sebelah Sarie, tengah bermain dengan kentang yang dah jatuh). Bila melihat anaknya sudah ada depan mata tengah bermain kentang, dia kembali senyap.

“Abangggg, ambilkan kejap anak ni, saya tengah nak pilih bawang ni” pinta lagi si isteri. Tapi suaminya tetap mendiamkan diri dan buat tak tahu macam langsung takde tanggungjawab.

‘Sayang, tolonglah saya, nanti rumah dah takde barang nak masak” keluh si isteri yang kelihatan sudah berputus asa nak pujuk suaminya.

Dengan tidak semena-mena, lelaki itu menengking isterinya depan orang ramai.

“Oiii gemukk, kau jangan nak panggil-panggil aku sayang sayang kat sini ehh? geli aku dengar, kalau aku tahu kau boleh jadi gemuk macam ni lepas kahwin dengan aku, memang aku takkan kahwin dengan kaulah, menyusahkan , memalukan aku aje!”

Tengkingan lelaki itu benar-benar membuatkan isterinya itu malu semalu-malunya. Wanita itu terus ambil anak-anak dan bawa keluar dari Pasaraya Billion.

Barang-barang yang sudah diambil dalam troli, sepatutnya dibeli tapi ditinggalkan begitu sahaja. Tergamak suaminya itu melakukan perkara sedemikian rupa. Sarie sangat sedih tengok kejadian tu, mengapakan ada lelaki macam ni? , aku ingatkan dalam drama pukul 7 je , sedih sungguh bila teringatkan reaksi isterinya itu.

Kejadian ini cukup-cukup menyedarkan kita bahawa peranan suami isteri untuk menerima baik buruk pasangan sangatlah penting. Tidak diketahui apakah yang bermain difikiran lelaki itu sehingga sanggup melakukan perbuatan memalukan isterinya sendiri.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top