no comments

MENTERI KECEWA DENGAN KENYATAAN INSTAGRAM WARDINA

MENTERI KECEWA DENGAN KENYATAAN INSTAGRAM WARDINA.jpg

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim melahirkan rasa kekecewaan terhadap selebriti terkenal, Wardina Saffiyah yang mengeluarkan kenyataan menerusi Instagram miliknya kelmarin, apabila membuat perbandingan antara Malaysia dengan Australia dalam saluran bantuan kepada orang kelainan upaya (OKU).

Kenyataan itu dikeluarkan Wardina berhubung penemuan seorang remaja OKU, Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang ditemui dalam keadaan kebuluran dan tidak terurus di rumahnya di Flat Semarak, Taman Semarak, Nilai.

Dalam kenyataannya itu, Wardina mendakwa kerajaan mengabaikan kebajikan OKU, tidak seperti Australia yang menyalurkan bantuan bulanan yang tinggi kepada ibu bapa kanak-kanak, malah disuruh berhenti kerja bagi memberi fokus menjaga anak mereka.

Rohani berkata, kenyataan terbabit tidak berasas sama sekali kerana pihaknya sangat mementingkan kebajikan golongan berkenaan dengan menyediakan pelbagai bentuk bantuan.

“Penemuan adik Muhammad Firdaus yang menghidap penyakit ‘cerebral palsy’ ditemui Pengarah Jabatan Imigresen Negeri Sembilan, Faizal Fazri Othman yang mewakili kerajaan Malaysia .

“Lihatlah selepas empat hari penemuan remaja itu, dia dibantu dan dibela kerana pihak kami sangat mementingkan kebajikan OKU,” katanya dalam sidang media selepas melawat Muhammad Firdaus di Hospital Tuanku Jaafar, semalam.

Menurut Rohani, ibu remaja itu dikenali Lola, 40, tidak pernah memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, malah tiada aduan diterima mengenai nasib malang remaja terbabit daripada jiran, penduduk setempat pemimpin atau saudara mangsa.

Reply