no comments

“Jangan Mengarut, Meninggal Bukan Sebab Minum Air Tuak, Tapi…”

Ramzi Ibrahim, 53, bapa kepada Muhamad Iman Danial Ramzi, 14 tahun, yang dikatakan meninggal dunia akibat minum air tuak ketika berbuka puasa, berkata; “bukan sebab air tuak, dan mohon hentikan salah faham yang tular di laman sosial.”

Tukang rumah itu berkata, anak sulung dari tiga beradik itu mengadu sakit perut awal pagi kelmarin sebelum melarat menjadi sesak nafas.

Menurutnya, selepas hampir 12 jam menahan senak dan sesak nafas, anaknya meninggal dunia kira-kira 1 petang kelmarin.

Katanya, mayat anaknya menjalani bedah siasat dan disahkan doktor bahawa Muhamad Iman Danial meninggal akibat kegagalan jantung selain saluran darah pecah.

“Saya harap orang ramai tidak membuat andaian dan hentikan penyebaran di laman sosial kononnya anak saya mati sebab minum air tuak.

“Maklumat itu tidak benar dan ia boleh menjejaskan pendapatan peniaga air tuak.

“Justeru saya harap tular itu dihentikan segera supaya tidak menjadi salah tanggapan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Banggol Pauh, Kuala Terengganu, semalam.

Ramzi berkata, anaknya seorang yang aktif dalam sukan bola sepak dan periang dalam kalangan ahli keluarga.

Walaupun berat, namun dia dan ahli keluarga reda dan menerima ujian ini dengan hati terbuka.

Maklumnya, jenazah Muhamad Iman Danial selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Banggol Pauh 1 pagi semalam.

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close