no comments

Menderita Kanser Selama 3 Tahun, Julia Perez Akhirnya Meninggal Dunia

Menderita Kanser Selama 3 Tahun, Julia Perez Akhirnya Meninggal Dunia

Setelah tiga tahun menderita melawan penyakit kanser servik tahap empat, pelakon dan penyanyi popular Indonesia, Julia Perez meninggal dunia pada hari ini.

Portal Kapan Lagi melaporkan khabar duka itu dimaklumkan sendiri oleh adiknya, Anggita Perez menerusi Instagram miliknya.

“Innalilahiwainailahirojiun telah berpulang kakak kami tercinta Julia Perez. Minta doanya ya semua, terima kasih semua atas sokongan selama ini. I Love You Yuli,” tulisnya.

Anggita turut memuat naik gambarnya bersama Julia atau nama sebenarnya Yulia Rachmawati yang terbaring lemah di atas katil sambil dia memegang tangan kakaknya itu dengan air mata sedang mengalir.

Jupe mula bergelar penyanyi sejak tahun 2002 dan dia telah menghasilkan empat buah album iaitu Kamasutra, Aku Rapopo, Dangdut Galau dan The Best Of Julia Perez.

Arwah disahkan mengidap kanser servik pada tahun 2014 dan telah menjalani rawatan kimoterapi.

– Mstar Online

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close