Menantu Kaki Pukṳl Isteri, Balasan Dari Bapa Mertua Dia Ini Buat Ramai Rasa Puas Hati
Selain ibu, cinta pertama buat seorang anak perempuan adalah ayahnya sendiri. Panggilan ayah, papa, abi, walid atau apa sahaja panggilan adalah lelaki pertama yang hadir dalam kehidupan seorang anak perempuan. Ayahlah yang akan menjadi penyeri kehidupan anak perempuan ketika baru hendak membesar.
Ayah juga yang menggantikan tempat ibu, jika ibu tidak sempat menguruskannya, ayah lah yang akan memandikannya, mencuci nἀjis, menyiapkan pakaian dan sebagainya. Kesemua jasa ayah ini akan diingati membuatkan anak perempuan turut sayang ayah selain ibunya.
Sampailah anak perempuan sudah dewasa, mereka diserahkan kepada lelaki kedua iaitu suaminya.
Setelah dijaga sehingga dewasa, tibalah masanya anak perempuan diserahkan kepada lelaki kedua yang menjadi harapan ayahnya untuk menjaga anak perempuan yang disayangi sebaiknya.
Namun, lain yang diharap, lain pula yang terjadi, malah hancur rasa hati bila dapat tahu anak perempuan yang disayangi diperlakukan teruk oleh menantunya.
Sebuah video rakaman tular dimedia sosial
Itulah yang berlaku dalam satu rakaman video dimana, seorang bapa mertua memṳkul menantunya setelah mendapat tahu , menantunya itu kerap mendera anak perempuannya.
Video tersebut telah tular di media sosial, yang menunjukkan seorang lelaki yang agak berusia membelasah seorang lelaki muda sehingga mulut dan hidungnya berdarạh.
Menurut sumber akhbar China Press, lelaki berusia tersebut adalah bapa mertua kepada lelaki muda berkenaan. Setelah dikenalpasti, punca lelaki berusia berkenaan memukṳl kerana dia telah mencɛderakan isteri yang merupakan anak perempuannya.
Dalam rakaman berkenaan, bapa mertuanya kelihatan sedang memegang rotan sambil diikuti oleh beberapa orang yang menjadi peneman kepada bapa mertua itu. Tindakan bapa mertuanya itu adalah untuk memberi pengajaran dan balasan yang setimpal dengan apa yang telah dilakukan terhadap anak perempuannya.
Menurut sumber, menantunya itu bukan sahaja tidak bertanggungjawab malah turut mendẹra anak perempuannya.
Bapa mertua berkenaan telah bertindak mɛrotan dan menẹndang menantunya itu, lelaki muda berkenaan hanya bertahan dan tidak melawan. Lelaki tersebut hanya menahan menggunakan kedua belah tangannya.
Terdengar isi perbualan dalam rakaman video tersebut.
“Saya besarkan anak perempuan saya dari kecil sampai dewasa semata-mata untuk persiapkannya untuk di pukṳl kamu!?”
“Saya dah beri amaran kepada kamu, sudah berapa kali, saya beri izin kamu kahwin dengan anak aku tapi sanggup kamu layan dia begini” Kata lelaki berusia berkenaan.
“Buat apa kamu nak minta maaf dengan aku?, masa kamu pukṳl anak aku, ada kamu cakap minta maaf kat dia?”
“Kamu ingat aku biarkan sahaja, kamu tahu tak apa kesilapan kamu? nampak macam kamu langsung tak endah dengan aku ya?”
“Kalau kamu pandai sangat pukṳl orang, kau bangun sekarang, mari pukṳl aku, bangun! Pukṳl saya sekarang” kata bapa mertuanya.
“Kalau selama ni, ibu bapa kamu tak reti nak ajar kamu, biar aku yang ajar kamu, kamu tahu tak, ibu bapa kamu datang merayu dekat aku”? Kata bapa mertua sebelum meninggalkan menantunya itu ditepi jalan.
Menurut sumber, kejadiaan tersebut tidak dapat disahkan berlaku dimana , serta tarikh juga tidak dapat dikenalpasti.
Walaubagaimanapun, kita tetap boleh mengambil pengajaran daripada rakaman video ini. Bapa mana yang tidak akan marah, bila dapat tahu anak perempuannya diperlakukan sedemikian rupa. Jika kita sebagai seorang bapa, pasti kita mahukan yang terbaik untuk anak kita, walaupun anak kita sudah tidak berada dalam tanggungjawab kita lagi.
Apabila berlaku kejadiaan seperti ini, bapa mana yang sanggup melihatnya, mungkin bapa itu sendiri rela untuk mengambil anaknya kembali ke pangkuannya.
Adab menantu dengan ibu bapa mertua.
Hari ini, ramai yang salah faham berkenaan tanggungjawab terhadap ibu bapa mertua, Kesilapan ini menyebabkan timbul rasa kurang hormat menantu terhadap mertuanya. Sedangkan taraf ibu bapa mertua adalah sama seperti kita menghormati ibu bapa kita sendiri.
Apabila wujud rasa kurang hormat, sebab itulah berlaku mertua yang tidak sedar akan tanggungjawab sebenarnya terhadap mertua. Menantu lelaki sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang berat terhadap mertua, berbeza dengan menantu perempuan.
Islam sendiri meletakkan martabat yang tinggi terhadap ibu ayah sendiri dan juga ibu ayah mertua. Anda tidak boleh sekali kali mengabaikanya khususnya menantu lelaki. Andaianya seolah-olah anda mengaabaikan ibu ayah anda sendiri.
Semoga perkongsian kali ini dapat memberikan ilmu yang bermanfaat buat anda. Terima kasih kerana terus setia menjadi pembaca infokini.