1 comments

MEMILIH WARNA PAKAIAN SESUAI DENGAN WARNA KULIT

MEMILIH WARNA PAKAIAN SESUAI DENGAN WARNA KULIT.jpg

MEMILIH WARNA PAKAIAN SESUAI DENGAN WARNA KULIT

Ramai yang menitik beratkan pemakaian dan mengayakan pemakaian mereka dengan mengikut perubahan fesyen-fesyen terkini. Bukan hanya wanita sahaja yang mementingkan fesyen dan pemakaian, malah lelaki juga turut menitik beratkan pemakaian mereka, dan ada juga yang mengalahkan kaum perempuan apabila bab berfesyen.
Dek kerana itu, pemakaian menggambarkan personaliti kita. Namun, dalam menggayakan pemakaian kita ada yang tidak kena, iaitu pemilihan warna pakaian yang kelihatan tidak sesuai atau sepadan dengan warna kulit. Memilih warna pakaian yang sesuai dengan warna kulit akan menampakkan kita lebih menawan dan serasi.
Justeru, Infokini mahu kongsikan tips bagaimana memilih pakaian yang sesuai dengan warna kulit;


Kulit putih
Mereka yang berkulit  putih paling sesuai mengenakan warna pastel seperti coklat muda, biru muda, atau merah jambu. Namun, mereka juga tiada masalah dengan warna-warna yang lain.

Kulit sawo matang
Manakala bagi yang berkulit sawo matang pula sesuai dengan warna-warna lembut, namun juga boleh mengenakan warna garang seperti unggu dan maroon.

Kulit kuning langsat 

Mereka yang memiliki warna kulit kuning langsat pula disarankan untuk mengenakan warna-warna tropika seperti hijau, jingga, merah, kuning dan biru. Ianya akan menyerlahkan lagi penampilan si pemilik kulit kuning langsat.

Kulit gelap eksotik
Bagi yang berkulit gelap eksotik boleh serlahkan gaya anda dengan warna-warna seperti busana berwarna tanah yang lembut. Malah anda juga boleh mencuba warna-warna seperti merah jambu lembut, kuning lembut dan sebagainya

Oleh sebab itu, tersalah memilih warna pakaian yang tidak sesuai dengan kulit menyebabkan anda kelihatan lebih tua daripada usia yang sebenar dan juga lebih berisi berbanding saiz badan anda. Juga kelihatan kusam dan menampakkan warna gigi yang mungkin kekuningan. Kecantikan semulajadi anda secara tidak langsung akan terselindung dengan kesilapan anda dalam memilih warna pakaian yang tidak sepadan dengan kulit.

Semoga perkongsian ini membantu anda dalam memilih warna pakaian dan bermakna buat anda semua…

Infokini,My

One Response

  1. iz

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close