Membongkar Kehidupan Pelajar Pondok, Ini Rupanya Mereka Buat Dengan Duit Sumbangan Diberikan
Institusi pengajian pondok merupakan antara pusat pengajian terawal yang wujud di nusantara. Di Malaysia yang pada ketika itu dikenali sebagai Tanah Melayu, pondok yang terawal dibina ialah di Pulai Condong Kelantan, seterusnya Pondok Pulai Manis di Kedah dan Pondok Titi di Terengganu.
Negeri Kelantan adalah antara negeri paling popular dengan institusi pondok dan merupakan negeri paling banyak sekolah pondok. Tidak hairanlah mengapa Negeri Kelantan digelar sebagai negeri serambi mekah.
Antara faktor negeri Kelantan mendahului adalah kerana dipengaruhi oleh pengaruh Tok Kenali yang sangat terkenal dengan ilmu agama yang tinggi sehingga digelar Tok Guru.
Dari institusi inilah, lahirnya tokoh-tokoh ulama terdahulu yang mampu memberikan impak kepada perkembangan agama islam di Tanah Melayu ketika itu, dan disiplin ilmu di pondok itu sendiri tidak bersifat sekular namun tetap seimbang antara duniawi dan akhirat.
Pada kali ini, penulis infokini ingin berkongsi gaya kehidupan pelajar pondok yang jarang diketahui umum. Mungkin perkongsian kali ini, mampu menarik minat ibu ayah yang berminat untuk menghantar anak mereka ke sekolah pondok.
Seminggu je dia masuk, and then lepas tu keluar atas alasan tak selesa.
Membongkar satu perkongsian dari seorang pelajar pondok sendiri yang dikenali dengan nama nuzul95, ada yang bertanya bagaimana suasana belajar di pondok,okay atau tidak?
Menurut beliau, actually, kalau orang yang tak biasa hidup susah, memang bukan tempat terbaik untuknya, saya pernah ada seorang kawan, seminggu je dia masuk, and then lepas tu dia terus keluar atas alasan tak selesa. Ada sesetengah bilik mempunyai katil, ada juga bilik yang tiada katil.
Saya sendiri pun bilik tiada katil, tapi apa yang membuatkan saya kekal belajar disini kerana ilmu dan saya sendiri yang mahu belajar hidup susah. Kalau disuruh baring atas lantai pun saya tak kisah.
Belajar di pondok ni sangatlah tenang, saya rasa lebih tenang kaedah belajar disini berbanding di sekolah. Mungkin kerana barokah atas majlis ilmu tersebut, belajar secara duduk bersila dan merapat dengan guru, membuatkan suasana lagi tenang sebenarnya, berbanding belajar beralaskan kerusi dan meja.
Maka tidak hairanlah, pada zaman para sahabat dulu, duduk bersila ini sudah menjadi kebiasaan kerana ia merupakan sunnah nabi.
Apa rutin permulaan bila belajar di pondok?
Dalam satu perkongsian lain dalam video tiktok, pemilik akaun tiktok yang diberi nama Mohd Naufan Al Azahari berkongsi video eksklusif siri perjalanan beliau menjalani kehidupan di pondok.
Kehidupan pondok yang jarang diketahui itu mendapat respon yang tinggi dalam kalangan pengikut tiktok yang rata-rata kagum dengan disiplin yang diamalkan oleh mereka.
Naufan berkongsi,
“Waktu tidur di pondok tak sama macam di rumah, kami tidur seawal pukul 11 malam, kalau di rumah ikut suka kita nak tidur masa mana, tapi di pondok ni ada undang-undang.
” Bangun pagi kena bangun awal, pukul 3.15 pagi dah bangun, kalau di rumah susah nak bangun, tapi kat sini ada undang-undang, kita cubalah disiplin, di rumah mungkin kita tak lipat siap-siap tilam, mungkin ibu yang buat. Di sini kita buatlah semuanya sendiri.
“Persediaan pagi kenalah cepat, mandi tak perlulah lama-lama, sekadar keperluan sahaja, mandi 5 minit sahaja , nak bersiap pakai baju, mesti kena cepat, tak boleh lambat-lambat. Nanti kena rotan, mengaji di pondok ni biasa dah kena rotan, tak 5 biji, 10 biji kena.
“Pakaian pula, sentiasa dengan pakaian sunnah nabi sokmo, jangan semasa di pondok sahaja berpakaian macam ni, masa kat rumah pun amalkan juga ya.
“Pakailah air bau sedikit, pastikan kemas, wangi dan bersih, sebab kita nak mengaji kan, semasa nak keluar sambil membelek kitab, doa lah kepada Allah , supaya Allah beri kemudahan semasa menuntut ilmu, jadi kalau siapa yang nak belajar pondok, saya galakkan belajar di sini, dunia boleh, akhirat pun boleh”. Kongsi Naufan
Apa yang dilakukan kepada sumbangan dalam bentuk duit dan hadiah dari masyarakat?
Tambah Naufan lagi, “belajar di pondok ni, tak perlu beli kain sarung dah, banyak orang beri sahaja, bukan setakat kain sarung sahaja, duit pun orang sumbangkan bila kita pergi mengaji quran, solat hajat di mana mana tempat, biasa akan ada orang bagi sampul yang berisi duit, duit ini pun bukan nak pakai habis sangat, kita manfaatkan untuk beli kitab ,kain sarung sumbangan orang ramai ini kita bawa baliklah berikan kepada abah nanti di rumah.
“Kain sarung ni pun ada nilainya, kalau beli harga sudah berapa, tinggi juga harga kalau dibeli, boleh juga diberi kepada anak yatim, dapat pahala lagi, mengaji di pondok ni, rezeki boleh, dunia boleh akhirat pun tak rugi” Kongsi Naufan dalam loghat kelantan patani.
Perkongsian Naufan ini telah mendapat respon ramai dalam kalangan netizen di tiktok, yang rata-rata memuji disiplin yang diterapkan dalam kalangan pelajar pondok. Tidak kurang juga yang mendoakan kesejahteraan Naufan di sana.
Jadi bagi ibu ayah yang ingin menghantar anak anda ke institusi pondok, tidak rugi, kerana disini ia akan mendidik anak anda berdisiplin, disamping mempraktikkan amalan sunnah dalam kehidupan seharian. Ibu ayah tidak perlu risau akan masa depan mereka, susunlah perjalanan pendidikan mereka sebaiknya asalkan anda tidak memaksa mereka.