no comments

MasyaAllah Hensemnya, Ini Gambar Arwah Tok Guru Nik Aziz Zaman Muda Selepas Gambar Lama Dibaiki

Mengenali sosok yang bernama Nik Abdul Aziz Nik Mat, tiada siapa yang pernah menyangkal, bahawa beliau adalah salah seorang tokoh pemimpin islam yang berpengaruh bukan sahaja di Malaysia, malah nusantara.

Jom kita kenali lebih mendalam mengenai latar belakang Tok Guru Nik Aziz.

Biodata Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Beliau merupakan anak kedua dari perkahwinan Tok Guru Haji Nik Mat (Tok Guru Haji Nikmat) . Dillahirkan pada tahun 1931 dan dikurniakan nama Nik Abdul Aziz. Beliau dibesarkan di Pulau Melaka dan di didik dalam suasana keluarga yang cukup sederhana.

Kenalan yang mengenali beliau mengakui, beliau adalah seorang yang lemah lembut, mudah dibawa bicara dan sangat disayangi oleh rakan-rakan.

Mengikut budaya orang kelantan yang sangat mementingkan pendidikan, beliau juga antara mereka yang tidak terlepas dari penekanan pendidikan pada peringkat awal lagi. Tambahan lagi, di Negeri Kelantan , institusi pendidikan pondok berkembang dengan sangat meluas pada ketika itu.

Tok Guru Nik Aziz antara mereka yang diberikan penekanan terhadap didikan agama sejak dari awal lagi. Lebih istimewa lagi, beliau dididik oleh ayahnya sendiri yang sangat mementingkan acuan didikan agama.

Pendidikan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.

Pada umur 6 tahun , beliau memulakan pendidikan di Sekolah Kebangsaan Kedai Lalat untuk mempelajadi asas pembacaan dan menulis. Beliau juga seorang yang gemar menghabiskan masa lapangnya untuk mengulangkaji pelajaran, di saat rakan rakan lain pergi bermain.

Kemudian beliau melanjutkan pelajaran ke Pondok Tok Kenali selepas ayahnya menyedari kecenderungan Nik Aziz terhadap ilmu agama. Beliau terus menuntuk ilmu di Kubang Kerian di Pondok Tok Kenali.

Pada ketika inilah beliau mula menunjukkan minat terdapat pengajian pondok dan mula menghafap beberapa kitab matan dan membacanya dalam bahasa arab.

Tuan Guru Nik Aziz Meningkat Remaja.

Tiba usianya yang telah meningkat remaja, beliau menyambung pelajarannya ke Besut ,Terengganu untuk menuntut ilmu di Pondok Tuan Guru Haji Abbas. Pada masa ini, beliau sudah mula menguasai pelbagai ilmu untuk amalan seharian.

Semasa remaja juga, Tuan Guru Nik Aziz sudah boleh mula menggantikan ayahnya menjadi imam sembahyang dan mengajar Al-Quran ketika beliau pulang ke kampung sekali sekala.

Menuntut Ilmu di Luar Negara.

Pada tahun 1952, Nik Aziz mula berhijrah ke luar negara dan menyambung pelajarannya di Universiti Deoband India. Beliau belajar di sana selama lima tahun , pada ketika inilah beliau menuntut ilmu dari ulama-ulama hadith seperti Maulana Husain Ahmad Al-Madani.

Pada tahun 1957 pula ,beliau bergerak ke sempadan India iaitu Pakistan di Lahore untuk melanjut pelajaran dalam bidang Tafsir Al Quran.

Setelah hampir sedekad beliau di sana, beliau tidak terus pulang ke kampung, tetapi pergi lebih jauh ke timur tengah iaitu di Mesir. Pada usia 30 tahun, beliau telah menyambung pengajiannya di Universiti Al Azhar dengan mengambil bidang pengajian Bahasa Arab.

Gambar semasa berada di Timur Tengah

Beliau kemudian meneruskan lagi pengajiannya dalam bidang Perundangan Islam (Syari’ah). Bidang ini dilihat lebih mencabar. Tuan Guru banyak menghabiskan masanya menekuni mutala’ah al-umm ( Imam As Syafie ), Fath Ul Baari ( Ibn Hajar al-Haitami ), al-Iqna’ dan banyak lagi kitab-kitab yang pelbagai jilid.

Tidak sempat untuk menghabiskan Diploma bidang ini, beliau telah diminta pulang ke tanah air dengan agak tergesa-gesa.

Begitulah antara perkongsian ringkas berkenaan pendidikan Tuan Guru Nik Aziz yang kemudiannya beliau melibatkan diri dalam bidang politik dan mengukir sejarahnya yang tersendiri dalam persada politik tanah air.

Tuan Guru Nik Aziz dan Politik

Beliau telah menjadi Ahli PAS semenjak tahun 1967 lagi dan mula menyertai pilihan raya pada tahun yang sama sehinggalah 1986 yang mewakili Pengkalan Chepa. Beliau telah menjadi Menteri Besar Kelantan sejak tahun 1990 lagi selepas kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Ke- 8.

Beliau telah menjadi Menteri Besar Kelantan selama 23 tahun dan tidak mampu di kalahkan oleh pihak lawan sejak tahun 1990 lagi.

Selepas Tuan Guru Nik Aziz mengakhiri karier politik pada tahun 2013, atas faktor kesihatan yang tidak baik, beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 12 Februari 2015 .

Komen netizen terhadap foto lama yang dibaik pulih kembali

Gambar Lama Di Pulihkan Semula

Baru-baru ini menjengah di media sosial, tersebar gambar lama Tuan Guru Nik Aziz di zaman muda yang dipulihkan semula menjadi lebih jelas dan cantik.

Apa yang lebih menarik, ramai yang memuji ketampanan Tuan Guru Nik Aziz selepas melihat foto tersebut.

Tidak kurang juga yang menyatakan kerinduan dan mendoakan kesejahteraan buat Almarhum.

Ramai juga yang berhajat untuk menyimpan foto ini dengan meminta izin di ruangan komen.

Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, seorang tokoh islam yang tiada galang gantinya lagi pada zaman ini. Semoga ketokohan beliau dalam memperjuangkan syariat islam tertegak akan disambung oleh pemimpin-pemimpin muda baru.

Ketegasan beliau dalam mempertahankan syariat islam perlu dicontohi selain antara individu yang tidak pernah terlibat dalam skandal rasuah. Sama-sama kita doakan kesejahteraan beliau dan kita juga harus berimpian menjadi pemimpin islam sehebat almarhum.

Reply