no comments

Masih Tak Sedar & Tak Tahu Apa.. Ibu Kệmạtian 3 Anak Kini Terpaksa ‘Ditidurkan’…

Ibu kepada tiga kanak-kanak lelaki yang terk0rbạn dalam nạhạs di Kilometer 272.5 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, kelmarin kini ‘ditidurkan’ sementara bagi menunggu keadaannya kembali stabil untuk membolehkan pembệdahan dilakukan keatasnya.

Ia berikutan kecệderạan dalaman dialami Nur Aimi Nadiah Abdul Rahim, itu termasuk pendạrahan di bahagian hati membuatkan dia sehingga kini perlu bergantung kepada bantuan alat pernafasan. Kemalangan itu turut mengakibạtkan tulang rusuknya patạh.

Nur Aimi masih tidak sedarkan diri dan keadaannya kini dipantau rapi oleh pasukan perubatan. Pembedahan ke atasnya hanya akan dilakukan selepas keadaannya dipastikan benar-benar stabil.

Buat masa sekarang dia ‘ditidurkan’ sementara menunggu keadaannya stabil sepenuhnya sebelum pembedahan dapat dijalankan.

Nur Aimi kini sudah dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), pagi semalam.

Dalam kemalangan kira-kira 3 petang semalam, Nur Aimi dilaporkan parah manakala tiga anaknya, Muhammad Adam Hakimi Muhammad Alhafis, 7; Muhammad Lutfi Hakim, 3, dan Muhammad Affan Hafiy, 12 bulan, mệninggạl serentak di tempat kejadian.

Kemalạngan berlaku apabila Perodua Axia dipandu Nur Aimi yang turut dinaiki tiga anak lelakinya terbạbas sebelum melạnggạr belakang treler di lorong kecệmasan.

Dalam pada itu, suaminya Muhammad Alhafis Mohamad, berkata dia masih belum mempunyai kekuatan untuk memberitahu isterinya mengenai kehilangan ketiga-tiga anak mereka.

“Dia masih belum sedarkan diri dan tidak mengetahui apa yang berlaku.”

“Saya seboleh-bolehnya tidak mahu memberitahu tentang kemạtian tiga anak kepada isteri, ketika ini.

“Dalam keadaan Aimi macam itu (tidak sedarkan diri dan sedang dirawat) buat masa ini saya tak nak beritahu apa-apa dahulu..

“Bagaimanapun, saya tetap akan beritahu… tunggu masa yang sesuai untuk beritahu isteri tentang keadaan (kemạtian) anak-anak,” katanya.

Sementara itu, abang kepada Nur Aimi, berkata selepas insiden terbabit, keluarganya bercadang untuk memohon supaya adiknya dipindahkan ke h0spital di Melaka.

“Ada (rancangan bawa Aimi ke h0spital di Melaka), itu kita tunggu dulu kata doktor pakar, sekarang ini kita mengharapkan (keadaan kesihatan) semuanya stabil,” katanya.

Reply