Masih Ingat Watak ‘Syafiq’ Dalam Drama Cili Padi? Tak Sangka Begini Keadaannya Sekarang

Siapa yang lahir di era 80-an dan awal 90-an pasti akan mengingati Drama popular Cili Pafi yang cukup dekat di jiwa penonton pada sekitar tahun tersebut. Sudah pasti ada kenangan anda masing-masing yang diingati apabila menonton drama ini bersama keluarga pada suatu ketika dahulu.

Walaupun kini drama tersebut sudah tidak ditayang lagi, namun ianya masih segar diingatan penonton dan mengingati plot cerita dan watak-watak dalam drama tersebut. Apabila teringat semua watak-watak yang dilakonkan pasti kita akan geli hati dengan lawak jenaka dan telah mereka dalam drama tersebut.

Drama Cili Padi ini telah dilakonkan oleh barisan pelakon seperti Nik Fariz, Jaafar Onn, Melissa Saila, Ngasriah Ngasri yang kini dikenali Anne Ngasri dan Tam. Fenomena yang wujud dalam drama ini sekaligus telah melonjakkan nama mereka sebagai pelakon.

Watak bernama ‘Syafiq’ adalah antara nama yang mendapat perhatian ramai kerana gelagat seorang budak nakal yang sering buat masalah dalam kehidupan mereka.

Watak budak bernama Syafiq ini dibawakan oleh pelakon Nik Fariz Nik Fadzil yang ketika itu baru berusia 10 tahun.

Kini, selepas 20 tahun masa meninggalkan kita dengan kenangan drama ini, Nik Fariz kini sudah pun dewasa. Pasti anda akan tertanya-tanya bagaimanakah wajahnya kini dan berapakah usianya.

20 tahun dahulu kita akan mengingati watak Syafiq seorang budak ‘berisi’ yang comel dan telatah yang melucukan, kini beliau telah menjadi dewasa sebagai seorang lelaki yang matang.

Usia Nik Fariz kini sudah pun mencecah 37 tahun, beliau telah berkahwin dengan wanita pilihannya bernama Khairun Nisa Abdul Halim dan dikurniakan seorang anak yang sudah berumur 8 tahun.

Menurut Nik Fariz, beliau memaklumkan masih menerima tawaran lakonan, namun beliau tidaklah begitu aktif lagi dalam dunia lakonan kerana lebih fokus untuk menyara hidup keluarga dalam bidang fotografi dan komputer.

Berikut dikongsikan 3 fotonya yang terkini:

Nik Fariz bersama Isterinya
Kini bekerja dalam bidang fotografi

Sedikit info mengenai drama Cili Padi

  • Drama ini mengisahkan tentang kehidupan Cikgu Jaafar yang selalu diganggu oleh kenakalan 4 orang budak-budak dengan pelbagai ragam masing-masing
  • Drama ini dilakonkan oleh Nik Fariz yang membawa watak Syafiq, Anne Ngasri sebagai Lili, Melissa Saila sebagai Maria , Tam Suhaimi sebagai Salim dan Jaafar Onn sebagai Cikgu Jaafar
  • Cili padi bukan sahaja sebuah drama yang menjadi kegemaran penonton kanak-kanak pada masa itu malah turut diminati oleh golongan dewasa.
  • Watak Nik Fariz yang bernama Syafiq dalam drama berkenaan paling tidak dapat dilupakan, Syafiq cukup terkenal sebagai seorang budak yang banyak kerenah dan berbadan gempal

Walaupun kini drama tersebut tidak ditayangkan lagi, kisah Cili Padi pasti akan menjadi sebahagian kenangan dalam hidup kita di zaman kanak-kanak dahulu khususnya untuk anda yang lahir pada tahun 80-an dan awal 90-an.

Para pelakon dalam drama ini dilihat masih lagi aktif dalam dunia seni seperti Jaafar Onn, Melissa Saila dan ada juga yang sudah tidak aktif lagi dan sibuk menguruskan kehidupan masing-masing. Drama Cili Padi adalah sebuah karya yang cukup berkesan di hati kanak-kanak dan dewasa pada ketika itu, sehinggakan muncul sahaja drama tersebut di kaca televisyen TV3 pada waktu itu, pasti semuanya tidak akan berganjak dan ingin mengikut episod demi episod yang ditayangkan.

Ada juga permintaan dari masyarakat supaya diadakan Cili Padi versi terkini atau Cili Padi 2 namun sehingga hari ini, ianya hanyalah cadangan yang belum direalisasikan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top