no comments

Masih Ingat Pelakon Tam Cili Padi? Lama Tak Berlakon Tapi Pencapaiannya Kini Luar Biasa

Walaupun minat dalam bidang lakonan yang telah diceburi sejak 1986 masih lagi membara Tam Suhaimi 38 mengakui salah satu cabang bidang seni itu tidak lagi menjadi aktiviti utamanya. Beliau yang bertubuh kecil dan juga merupakan pelakon yang dikenali dalam drama rantaian Cili Padi pada awal 1990-an itu turut mengakui, beliau sering berdepan dengan masalah apabila diberikan watak yan tidak mencabar kebolehannya.

Oleh itu, kata Tam, minatnya dalam bidang itu terpaksa disalurkan melalui kerja-kerja belakang tabir termasuklah menjadi seorang pengarah. Setakat hari ini, anak kelahiran Kuala Lumpur itu sudah menghasilkan lebih 15 drama dan telefilem.

“Tawaran menjadi pelakon masih lagi diterima, tapi kebanyakan watak yang diberi inginkan saya membawa watak remaja. Kalau watak itu sama je macam saya 20 tahu dulu? kat mana cabarannya? mungkin sebab tubuh kecil ini membuatkan watak yang saya dapat agak terbatas dan tidak mendapat watak matang dan betul-betul menguji.

“Kali terakhir saya berlakon adalah dalam telefilem Mama Zumba, dua tahun lepas, itu pun selepas saya dipaksa oleh Liyana Jasmay. Liyana juga mempelawa saya untuk berlakon dalam filem sulung terbitan produksinya, Mermaid Studios yang bertajuk Bella & Jamie, ujarnya.

Beliau yang diperkenalkan melalui drama Nur Islam di TV3 berkongsi, beliau mula mengaktifkan diri sebagai pengarah sejak tahun 2013 lagi.

“Bekerja di sebalik tabir bulan lagi perkara asing baginya kerana saya sudah melakukannya sejak berusia 16 tahun. Saya juga pernah diberi kepercayaan sebagai penolong pengarah bagi produksi terbitan Erma Fatima, Bade, Aziz M Osman dan juga Melissa Saila.

“Abang Aziz M Osman juga pernah mencabar saya untuk menulis skrip namun saya hanya terlibat dalam kerja tersebut pada tahun 2013 kemudian barulah saya berani mengambil langkah dalam dunia pengarahan” Kata Tam.

Walaupun masih baru, Tam sangat bersyukur apabila telefilem arahannya, Menantu Material sudah tersenarai sebagai finalis Anugerah Skrin 2017 (ASK) 2017 dalam kategori Drama Terbaik, namun ianya tewas kepada karya hasil Erma Fatima yang berjudul Pesan Dari Tuhan.

“Saya secara peribadi, ia satu pencapaian besar kerana saya bersaing dengan nama-nama berpengaruh dan jauh lebih banyak pengalaman. Saya pun sudah lama tidak menerima undangan ke majlis seperti itu, ia membuatkan saya tidak sangka sama sekali boleh melangkah sejauh itu.

“Ianya bukan sesuatu yang mudah, kerana Menantu Material yang menampilkan Janna Nick dan Nazim Othman adalah pelakon utama yang terpaksa bersaing dengan senarai yang panjang untuk masuk ke Top 5. Pencalonan itu telah memberikan saya lebih semangat untuk terus menghasilkan karya-karya terbaik, ujarnya.

Tam sebelum ini juga pernah diiktiraf sebagai Pengarah Komedi Terbaik TV melalui telefilem Pengancam Perkahwinan dalam Anugerah Lawak Warna 2014. Telefilem yang terkini dibawah arahannya Cinta Tanpa Syarat yang menggandingkan Elfira Loy dan Harris Baba sedalam proses untuk ditayangkan. Beliau mengakui, minat dalam dunia lakonan itu masih membara tapi cabang seni yang diceburi sejak tahun 1986 itu bukan lagi menjadi aktiviti utamanya.

Pelakon yang mula popular dalam Drama Cili Padi itu berkata, dia sememangnya rindu untuk kembali ke set penggambaran namun menghadapi masalah bila watak yang ditawarkan tidak mencabar tahap kemampuannya.

Walaupun Tam tidak lagi aktif berlakon, namun kesinambungan karier beliau sebagai orang belakang tabir membuktikan beliau sudah ada pencapaian yang sangat hebat dan menjadi inspirasi kepada anak seni diluar sana.

Reply