no comments

Masa hamil Lagi Saya Buntu Fikir Siapa Nak Jaga Anak Nanti. Alhamdulilah Jumpa Aunty Araa

Kebiasaanya anak kecil yang selama ini berada disisi ibu pasti akan menangis atau meragam bila ditinggalkan bersama pengasuh. Namun berbeza pula yang terjadi dengan seorang bayi ini apabila dilihat sangat selesa dalam dakapan seorang pengasuh berbangsa india.

Mungkin kisah ini jarang kita dengar atau lihat, tapi inilah satu perkongsian yang unik buat para ibu yang mencari pengasuh anak diluar sana.

Apa yang menariknya, melalui video yang telah tular ini, bayi tersebut hanya mahu berkepit dengan pengasuhnya walaupun ibu sudah datang nak jemput selepas pulang dari kerja.

Berikut adalah video yang telah tular tersebut:

Berkongsi kepada mStar, Ibu kepada bayi berkenaan yang dikenali sebagai Syahirah Khalid berkata, bayi perempuannya itu sudah berusia tujuh bulan dan sedang dijaga oleh seorang wanita india yang merupakan jirannya sejak tiga bulan yang lalu.

Wanita yang berusia 28 tahun itu tampil memaklumkan bahawa dia sekarang ini sedang menyewa di sebuah pangsapuri yang terletak di George Town Pulau Pinang, manakala suamiya bertugas jarak jauh di Manjung Perak.

“Kami ni pasangan PJJ (Perhubungan jarak jauh) sebab saya sekarang bekerja di Pulau Pinang, setiap minggu saya akan berulang alik jumpa keluarga. Saya ada jugak mohon pertukaran, cuma masih lagi menunggu buat masa ini.

“Saya sebenarnya, ketika masih hamil lagi saya sudah buntu dan pening kepala memikirkan dimana nak cari pengasuh untuk menjaga anak saya nanti. Sebab ramai yang tidak mahu jaga sebab mereka tahu, sebagai seorang jururawat, kami ni bekerja tiga syif dan kadangkala jadual kerja kami tidak menentu” kongsinya kepada mStar.

Lebih mesra dipanggil Araa, rakan serumahnya itu cuba memperkenalkanya dengan jiran sebelah yang berbangsa india, Aunty menyatakan sedia untuk menjadi pengasuh kepada anak perempuannya.

“Pada peringkat awal, sudah pasti saya akan merasa bimbang juga adakan dia boleh serasi atau menyesuaikan diri dengan anak saya, dan saya juga ada bertanya kepada aunty tentang beberapa perkara disebabkan kami ini berlainan bangsa dan agama.

“Namun saya tidak menyangka sama sekali, anak saya cukup mudah serasi dengan aunty. Daripada menangis terus boleh diam” kongsinya yang mempunyai empat anak sambil berkongsi mengenai bayi bongsunya itu.

Menurut Syahirah lagi, tiga anaknya lagi masing-masing berusia enam, tiga dan dua tahun yang tinggal bersama suaminya dan turut dijaga oleh ibu mentua di Manjung Perak.

Bercerita mengenai pengasuh berbangsa india itu, Araa mengatakan wanita warga emas berusia 61 tahun itu mempunyai perwatakan yang lemah lembut dan menganggap seperti seorang ibu.

‘Aunty tu sendiri dah anggap anak saya macam cucu dia sendiri, dia sangat memahami tugas saya sebagai seorang jururawat.

“Kalau saya sudah balik dari kerja, dia minta saya berehat dulu sebelum ambil anak nanti. Lebih-lebih lagi kalau saya pulang dari syif malam atau double shift, ianya sesuatu yang cukup memenatkan” sambil memaklumkan pengasuhnya itu ada empat anak dan juga seorang cucu.

Perkongsian video yang telah tular itu telah mendapat tontonan lebih 1.4 juta di laman Tiktok, dia juga mengakui perlu menerima komen para netizen termasuk juga komen-komen yang negatif.

“Ada yang kata juga apabila anak pun tak nak dengan saya bermaksud saya sudah gagal menjadi ibu, saya jujur tidak berkecil hati, tak cemburu sebaliknya saya cukup beruntung kerana bertemu dengan pengasuh yang sangat baik.

Aunty itu sendiri sudah anggap anak saya macam cucu dia sendiri, dia seorang yang sangat memahami tugas dan tanggungjawab saya sebagai jururawat.

“Sesetengah kawan saya juga turut menghantar anak mereka kepada pengasuh juga, namun antara ada juga yang jenis yang tak faham dengan tugas kami, malah berkira, tetapi aunty india di sudah banyak memudahkan urusan saya dan kerja saya.

“Saya tidak berasa gagal menjadi seorang ibu, kerana anak pun masih kecil lagi, anak manja sebab aunty ni rajin melayan dan menjaga dengan penuh kasih sayang, tapi saya bawa balik pula anak ke rumah, anak bongsu saya ni okay sahaja dengan saya, ujarnya lagi.

Walau bagaimana, harapan ara tetap menginginkan keluarga mereka dapat tinggal sebumbung dan meminta supaya permohonan untuk pertukaran tempat bertugas dapat diluluskan segera. Ini semua adalah untuk kebaikannya untuk bersama-sama dengan suami dan anak-anak.

“Aunty dari awal lagi sudah cakap, nanti dia sedih lah kalau saya dan anak bongsu ni sudah dapat pulang ke manjung. Dia turut offer untuk terus menjaga anak saya di Pulau Pinang mahupun di Manjung,kata kata beliau untuk membuat saya sangat terharu, ujar Araa.

Reply