no comments

Mansor Bin Puteh Buat Hal Lagi! Hina Filem Yusof Haslam & Anaknya Sebagai Sampah!

Mansor Bin Puteh sekali lagi mengundang kontroversi dengan melabelkan filem-filem pemenang Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman, Datuk Yusof Haslam dan anak-anaknya sebagai sampah.

Mansor Bin Puteh, seorang pengkritik filem tempatan telah mengeluarkan kenyataan yang cukup berani dan menimbulkan kontroversi apabila dia melabelkan filem-filem tempatan terutamanya filem arahan Datuk Yusuf Haslam dan anak-anaknya sebagai karya ‘sampah’. Kritikan itu dikeluarkan menerusi akaun facebook miliknya semalam.

“Most Hollywood dan Malaysia films and all Yusof Haslam and his’son filems are dumped into this..
few are stacked at the side and fewer still are placed on the Shelves..”

Tidak dapat dipastikan apakah tujuan sebenar orang tua ini mengeluarkan status panas itu. Mungkin sebagai statusnya sebagai seorang pengkritik filem, dia menyampaikan pandangan peribadinya terhadap karya penggiat seni masa kini. Tetapi tidakkan ianya begitu pedas dan panas sebegini?

Jika anda ingat, sebelum ini orang tua ini pernah menimbul kemarahan para netizen kerana mengkritik ‘The Pocket Rocketman‘, Azizul Hasni Awang hanya kerana mendapat tempat ketiga acara berbasikal dalam kejohanan sukan Olimpik.

Hari ini, Azizul Hasni Awang telah mengecapi gelaran dunia selepas menang di Hong Kong.

Siapakah Mansor Bin Puteh Ni?

Mansor Bin Puteh merupakan pengkritik filem yang berasal dari Melaka. Dia mula menjadi pengkritik filem sejak pulang dari menuntut di Columbia University, New York dalam bidang perfileman pada awak tahun 1982. Tulisan serta kritikannya terhadap filem tempatan banyak dikeluarkan dalam akhbar tempatan.

Dia juga pernah menerbitkan filem yang bertajuk ‘Seman’ pada 1987, namun tidak pernah bersiaran di negara sendiri kerana disebabkan birokrasi daripada pihak Finas.

Dia dianggap antihero filem melayu bersama-sama seorang lagi individu filem iaitu Allahyarham Dr. Anuar Nor Arai. Namun kedua-duanya terpinggir dalam industri perfileman tanah air kerana seringkali menimbulkan polemik dalam dunia seni dan hiburan.

BACA JUGA“Baru dapat pingat gangsa dah angkuh, kalau emas entah macam mana lagaknya.”

Reply