AllahuAkbar… Pengetua Cerita Keadaan ‘Luar Biasa’ Ketika Memandikan Jenazah Anak-Anak Tahfiz
Baru-baru ini pengasas kosmetik terkenal, Dato Seri Vida membuat kunjungan ke lokasi kejadian kebakaran Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah. Beliau sempat berjumpa menyampai sumbangan dan meluangkan masa bersama Pengetua Tahfiz tersebut, iaitu Mohd Zahid Mahmood.
Namun apa yang lebih mengejutkan dan menyayat hati adalah perkongsian Vida dalam satu video Facebook Live, di mana beliau berbual dengan pengetua pusat tahfiz itu.
Pengetua mula bercerita keadaan luar biasa, dia diberitahu, darah masih mengalir dari tubuh anak-anak tahfiz ketika proses memandikan jenazah.
“Pihak yang menguruskan jenazah menghubungi saya sambil menangis, dan memaklumkan darah masih mengalir dari badan mangsa.
“Kata mereka, inilah kali pertama mereka berhadapan dengan situasi seperti ini kerana kebiasaannya, keadaan mayat mereka yang meninggal dunia akibat kebakaran kering kerana sudah hangus terbakar,” cerita pengetua.
Malah, jenazah juga tidak mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan seperti kebiasaan, mengikut cerita daripada pemandi jenazah dan pihak bomba.
“Bomba beritahu saya, mereka tidak perlu pakai topeng ketika naik untuk operasi mengeluarkan mayat kerana tiada bau yang busuk.
“Mungkin itu cara untuk Allah beritahu, betapa Dia amat menyayangi anak-anak tahfiz ini,” kata pengetua.
Walaupun tragedi kebakaran tragis itu sudah seminggu lebih berlalu, namun masih ramai memperkatakannya dan takkan mudah hilang dalam ingatan.
Kata Dato’ Seri Vida, beliau cukup terkesan dalam tragedi korban 23 nyawa itu, kerana dua anaknya juga meninggal dunia dalam kebakaran, beberapa tahun lalu.
–Dipetik Dari Astro Awani