Bekas ahli kumpulan Spice Girls, Victoria Beckham telah mendedahkan anak perempuanya Harper Seven Beckham sangat malu kerana menjadi anak kepada ibubapa yang terkenal.
Kongsi Victoria, anak bongsunya itu turut merasa malu apabila Bapa Harper yang juga suaminya David Beckam pergi menghantarnya ke sekolah. Harper turut meminta agar hanya menaiki bas sahaja seperti kawan-kawan sekolahnya yang lain.
Kongsi Victoria lagi, Harper juga pernah meminta David untuk memberhentikan kereta lebih jauh dari pintu pagar sekolah kerana tak mahu orang lain atau kawan sekolah melihat dirinya turun dari kereta mewah.

“David menghantarkan ke sekolah dengan menaiki kereta Roll Royce semasa itu, dan secara tiba-tiba Harper minta untuk turunkannya di tepi jalan dan jauh dari pintu depan sekolah.
“Bukan itu sahaja, dia juga pernah beritahu hanya mahu naik bas untuk seperti kawan-kawannya yang lain” Ujar Victoria.
Isteri kepada David Beckham membuat pendedahan tentang perkara itu melalui episod terbaharu podcast Armchair Expert yang telah disiarkan baru-baru ini.
Kata Victoria, dia telah mengetahui perkara itu selepas diberitahu oleh David semasa berbual-bulan mengenai anak bongsu kesayangannya itu.
Sikap yang ditunjukkan oleh Harper ini harus dipuji kerana tidak menggunakan populariti ibubapanya untuk dilihat hebat di mata kawan-kawanya di sekolah. Harper juga dilihat ingin kelihatan seperti orang biasa sama seperti kebanyakan pelajar sekolah yang lain.
Keadaan ini dapat menunjukkan, menjadi anak kepada ibubapa yang popular bukanlah satu perkara yang sentiasa menyeronokkkan, hal ini kerana mereka sering menjadi tumpuan lensa kamera dimana-mana sahaja dan sehinggakan mereka hilang privasi dalam hidup mereka.
Perbuatan Harper ini mungkin kerana dirinya mahu menjadi sama sahaja seperti pelajar lain, mahu menjadi pelajar yang normal dan bebas melakukan aktiviti di sekolah tanpa tumpuan orang ramai.

Ayahnya David Beckham atau David Robert Joseph Beckham merupakan seorang pemain bola sepak profesional inggeris yang kini sudah menjadi lagenda dalam dunia bola sepak. Beliau pernah bermain dalam pasukan terbesar di inggeris Manchester United,. Selain itu beliau juga telah menjadi pemain kelab seperti Preston North, Real Madrid, Paris Saint Germain dan Pasukan Negara England.
David Beckam adalah pemain inggeris pertama yang telah memenangi kejuaraan liga di empat negara iaitu England, Sepanyol, Amerika Syarikat dan Perancis. David telah bersara dalam bola sepak pada musim 2012-2014 selepas 20 tahun karier gemilangnya dalam dunia bola sepak.
Beliau telah berkahwin dengan Victoria Beckam dalam tahun 1999 dan mempunyai empat orang anak. Dalam kariernya sebagai pemain bola sepak, beliau bermula bersama Manchester United ketika usianya baru 17 tahun pada tahun 1992. Semasa penampilanya bersama pasukan itu, beliau lepada memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris sebanyak enam kali. Piala FA Inggeris dua kali dan Liga Juara-Juara Eropah pada tahun 1999. Kemudianya beliau berhijrah ke Real Madrid dan turut memenangi Kejuaraan La Liga semasa musim terakhirnya bermain dalam pasukan itu.

Perkongsian isteri beliau Victoria mengenai kisah anaknya ini dilihat satu perkara yang agak unik dalam melihat dunia populariti. Ini menunjukkan tidak semua orang yang popular itu seronok mengecapi nikmat sebagai orang terkenal. Adakalanya, mereka lebih rindukan privasi hidup dan bebas melakukan apa sahaja tanpa tumpuan lensa kamera di mana-mana. Sekiranya anda teringin menjadi popular, anda harus bersiap sedia dalam dunia berkenaan kerana ianya bukanlah seindah seperti yang disangkakan.