no comments

Malasnya Nak Pergi Kerja Pagi Isnin, Tapi Tak Sangka Boleh Hilang “MONDAY BLUES” Lepas Tahu Cara Ni..

Siapa sini yang bekerja pasti akan rasa tak best setiap kali nak pergi kerja selepas dua hari bercuti. Betul kan?

Bila tiba sahaja hari isnin, mulalah rasa malas nak pergi kerja esok. Ini yang biasa orang panggil “monday blues”. Nak bangun malas, nak mandi pun malas, nak pergi kerja bertambahlah malas .

Apa-apa pun cuba fikir balik, kita sepatutnya bersyukur sebab masih dikurniakan pekerjaan, masih ada gaji untuk sara hidup demi menampung kos kehidupan.

Syndrom ‘monday blues’ ini benda biasa yang sebenarnya anda boleh atasi, jika selalu hadapinya.

Kali ini penulis infokini ingin berkongsi 8 tips bagaimana nak hilangkan masalah ‘monday blues’ ini.

  1. Kenal pasti masalah anda.

Perkara paling penting adalah kenalpasti dahulu apa masalah anda sebenarnya. Ini sangat-sangat penting supaya ianya tak membarah dalam kehidupan pekerjaan anda. Kalau sampai seminggu kena macam ni, sudah semakin serius tu. Kalau tak boleh juga, lebih baik anda mengorak langkah untuk beralih ke tempat kerja baharu.

2. Cuba siapkan kerja lebih awal.

Kebiasaanya, bila tiba hari Jumaat, anda akan lebih banyak masa, sudah kurang kerja, cuba ambil peluang untuk siapkan kerja hari Isnin yang akan datang. Lebih awal lebih bagus. Jadi pada hari isnin depan, taklah serabut kepala memikirkan kerja yang tak siap lagi tu. Itu antara punca ‘Monday Blues’ juga.

3. Cuba senaraikan apa yang buat anda seronok dan tak sabar nak buat.

Cubalah senaraikan perkara-perkara yang anda excited nak buat pada minggu hadapan. Secara tidak sengaja, anda akan lebih bersemangat untuk datang bekerja. Ia juga boleh melahirkan mood positif untuk bekerja. Cubalah guys!

4. Tiba hari cuti, cutilah sebaiknya.

Tiba sahaja hari Jumaat , usah fikir lagi soal kerja. Kosongkan minda untuk berfikir pasal kerja. Jika ada masalah, lupakan seketika, inilah masanya untuk anda rehatkan minda anda dari beban kerja yang tidak pernah habis.

5. Tidurlah secukupnya dan bangun awal.

Untuk mengelakkan ‘Monday Blues’, tidurlah awal supaya anda dapat tidur yang mencukupi. Bila anda tidak cukup tidur, bangun sahaja pagi keesokannya, pasti anda akan rasa berat nak bangun pergi kerja. Banyak kali lah anda akan tutup alarm dari telefon tu.

6. Pakai pakaian yang anda rasa hensem atau lawa.

Pagi Isnin tu, cuba topup lagi semangat dengan memakai baju kegemaran anda. Bila anda rasa smart, hensem, atau lawa ke di mata anda sendiri, cukuplah ia boleh membantu anda untuk lebih berkeyakinan semasa di pejabat. Silap-silap dapat pujian dari rakan, boleh bersemangat sampai ke petang.

7. Berfikiran positif.

Pada pagi Isnin, cuba mulakan aktiviti kerja anda dengan perkara-perkara yang positif. Jika ada hasil kerja yang anda suka lihat, buatlah kerja tersebut dahulu, ambil masa sebentar untuk lakukan penghargaan untuk diri sendiri. Dalam perjalanan hendak pergi kerja juga, dengarlah lagu yang boleh menaikkan mood dan semangat nak berjaya dalam hidup.

8. Di tempat kerja, mesti rasa seronok.

Apa sahaja aktiviti yang buat anda happy, lakukanlah selagi mana ianya tidak menyalahi etika pekerja dalam syarikat anda. Contohnya bawa kuih ke, beri rasa kepada rakan sekerja hasil masakan anda. Rakan cakap sedap, anda pun rasa happy. Ambil masa sebentar untuk bersembang santai dengan rakan. Tidak perlu terlalu stress sangat.

Semoga tips kali ini membantu anda semua ya, penulis juga doakan buat anda yang bekerja, teruskan bekerja dengan prestasi yang terbaik. Bekerjalah untuk diri sendiri, bangunkan diri sendiri dan bukan semata-mata bekerja untuk Boss anda.

Reply