Semua orang menginginkan kulit yang cantik. Tahukah anda makanan apa yang boleh menjadikan kulit lembut, sihat dan cantik? Berikut adalah 6 jenis makanan yang membuatkan kulit lebih cantik, sihat dan licin.
1. Dark Chocolate
Dark chocolate mempunyai “flavanoids” sejenis anti-oksidan yang boleh membuatkan kulit nampak lebih muda dari usia yang sebenar serta tona kulit menjadi lebih sekata.
2. Almonds/Badam
Kaya dengan vitamin E, badam membuatkan kulit kelihatan berseri, lembut, dan menawan serta dapat menghilangkan masalah jeragat, bintik-bintik dan kulit kering.
3. Beri Hitam
Beri hitam berupaya menguatkan lagi tisu-tisu di dalam tubuh badan dan kaya dengan anti-oksidan.
4. Salmon
Sebenarnya salmon boleh menghilangkan jerawat di wajah? Di samping itu, ianya juga dapat mengatasi masalah kulit kering.
5. Teh Hijau
Formulasi kosmetik yang mengandungi teh hijau adalah pilihan yang baik, kerana teh hijau mengurangi kerosakan kulit akibat sinar matahari. Polifenol dalam teh hijau dapat memperlambatkan proses penuaan.
6. Lobak
Lobak mengandungi provitamin A yang mampu melawan sinaran UV.