Makanan Yang Membuatkan Anda Lemau & Malas Di Pejabat
Sepatutnya di pejabat kita perlu sentiasa kekal aktif dan bertenaga untuk melakukan kerja, melainkan jika kita tidak cukup tidur.
Bagaimana pula jika dah dapatkan tidur yang cukup, tetapi tetap rasa malas dan lemau di pejabat?
Mungkin ianya ada kaitan dengan makanan yang anda ambil.
1. Kudap Kudapan
Ramai yang suka ambil kudap kudapan seperti keropok dan kacang ketika di pejabat. Tahukah anda kandungan garam yang tinggi membuatkan anda jadi lemau, lemas dan tidak boleh fokus.
2. Makanan Segera
Ada yang suka makan makanan segera di pejabat. Sebab boleh telefon untuk penghantaran dan makan di depan komputer je. Kandungan minyak dan garam membuatkan anda jadi lemas.
3. Gula-Gula
Memang bila makan gula-gula ianya membuatkan anda tetap segar sewaktu bekerja. Tetapi, sebenarnya kandungan gula yang tinggi membuatkan anda lagi mengantuk.
4. Minuman Bertenaga
Bila anda minum minuman bertenaga anda hanya boleh bertahan tak sampai satu jam, lepas tu akan rasa mengantuk semula. Ini kerana minuman ini mengandungi kandungan gula yang tinggi.
5. Pisang
Pisang sangat baik untuk tubuh badan, tetapi jangan makan sewaktu bekerja. Ini kerana pisang membuatkan anda mengantuk. Kandungan magnesium dan potassium membuatkan tubuh anda jadi rileks dan jadi mengantuk.