MAKANAN RINGAN YANG SIHAT
Makanan terbahagi kepada dua jenis iaitu makanan yang sihat dan makanan yang tidak sihat. Makanan yang sihat terbahagi pula kepada tiga jenis iaitu makanan yang ringan, sederhana dan berat.
Berikut adalah makanan ringan yang sihat:
1..Kacang
Makan segenggam kacang tanah rebus atau badam dalam sehari tidak akan memberikan kegemukkan pada tubuh badan anda. Hal ini kerana kacang mengandungi kaya dengan protein semula jadi dan serat ini boleh mengalas perut anda yang sedang berkeroncong kelaparan. Pilih kacang yang diolah tanpa minyak dan bahan perasa tambahan buatan.
2. Yogurt
Dari segi rasa dan aroma, yogurt tentu lebih rasa enak berbanding susu,. Kandungan kalsiumnya setara dengan susu, jadi ia bukan satu masalah bagi menggantikan susu dengan yogurt. Kalsium yang terdapat di dalamnya juga boleh menjauhkan lemak dari dalam tubuh anda. Oleh itu, mulailah menikmati yogurt di sela-sela kesibukan anda di pejabat mahupun di rumah sambil menonton TV.
3. Telur
Telur sering disalahertikan boleh menggemukkan. Sebenarnya, selagi anda bijak mengolah hidangan yang berasaskan telur, anda tidak perlu khuatir tentang isu tersebut. Makanan ini kaya dengan protein, rendah kalori dan boleh membuat anda kenyang dengan lebih lama. Olah makanan anda yang berasaskan telur tanpa minyak mahupun mentega.
4. Roti Gandum
Jika anda mahu menikmati makanan yang mudah berasaskan dari gandum, makanlah roti gandum. Roti gandum lebih baik berbanding roti putih. Ketepikan mi atau pasta segera yang terdapat di dalam stok makanan anda. Selain itu, boleh juga gantikan dengan oat yang boleh anda makan selepas dibancuh dengan air panas selama 3minit. Ia kaya dengan serat yang boleh membuat perut kenyang serta menyihatkan.
5. Avokado
Selain telur, buah ini juga antara buah-buahan yang sering dianggap boleh membuat anda mengalami kegemukan. Sememangnya buah ini mengandungi lemak, tetapi ia merupakan lemak baik untuk jantung anda. Pilihlah avokado yang segar. Anda boleh makan mentah atau tambahkan sedikit madu jika anda mahu menikmati jusnya.
6. Cendawan
Daripada anda mengunyah sepotong piza, atau mi goreng segera, lebih baik anda pilih menikmati hidangan cendawan butang atau lain-lain jenis cendawan yang dimasak air yang dicampurkan dengan sedikit bawang Bombay dan hirisan oregano. Tentunya tanpa minyak dan marjerin. Ini kerana, cendawan adalah makanan yang rendah kalori, mengandungi serat dan membuat anda kenyang sehingga tiba waktu makan utama anda.