no comments

Mak Cik Aku JUSA Tapi Cemburu Aku Lagi Pandai Dari Anak Dia. Ini Nasib Aku Selepas Itu

Kali ini penulis akan berkongsi satu kisah seorang wanita yang mempunyai pengalaman yang jarang berlaku tetapi wujud dalam masyarakat kita. Diharapkan kisah ini boleh menjadi pedoman buat kita semua.

Hai, nama aku Lolita, sekarang berusia 27 tahun, terima kasih sebab admin sudi siarkan luahan aku ni. Aku sebenarnya nak cerita apa yang terjadi dalam hidup aku sebab aku dah tak tahu nak luah dekat siapa.

Aku ni orangnya periang aje, happy go lucky, dan pandai dalam pelajaran. Aku secara semulajadi memang suka belajar dan baca buku. Dari sekolah rendah sampailah sekolah menengah, aku masuk sekolah asrama penuh. Kira bab belajar memang aku tip top lah.

Aku bersekolah di high school, jadi ramai lah budak pandai kan. Tapi dalam ramai-ramai budak pandai tu, aku masih dapat ranking Top 20 dalam kalangan student. Ceritanya bermula macam ni, aku mula mengalami kesedihan dalam hidup bila aku jadi selalu jadi mấngsa ayah kandung aku sendiri. Dari aku umur 16 tahun lagi

Orangnya panas baran, cerca mấki itu menjadi kebiasaan. Kau bayangkan abang aku boleh sampai tahap makan ubat penenang. Masa aku umur 16 tahun aku bagitau nak pindah sekolah, sebab sekolah sekarang tu jauh sangat, tak larat nak berulang alik dari bagan datoh ke Cyberjaya.

Aku ni badan kecik aje, mak aku pulak jenis tak boleh drive kereta, ayah aku pulak pemalas nak hantar ambik. Nak dijadikan cerita, suatu hari, sebab ayah aku bengấng, tiba tiba dia culik aku masa aku kat sekolah, sampai aje rumah, terus dia belasah aku. Dinding sampai pecah-pecah, badan aku lebam. Aku ada jugak cerita dekat kaunselor di sekolah, ingatkan dirahsiakan, sekali satu sekolah tahu rahsia aku.

Aku jadi takut nak balik rumah, asyik terperap aje di asrama. Sangat jarang aku balik rumah. Finally Alhamdulilah, result SPM aku 7A+ 2A. Agak kecewalah juga, sebab tak dapat 9A+. Sampai masa nak balik, aku rasa sedih sangat sebab kena balik rumah semula di Bagan Datoh, aku jadi rasa takut nak balik rumah sebab rasa tak selamat.

Lagi satu aku dah anggap kawan-kawan kat sekolah macam adik beradik dah. Aku jadi tak rapat dengan ahli keluarga, semua adik beradik aku pun buat perkara yang sama. Terperap aje di asrama, takut nak balik rumah.

Aku sampai rasa hidup aku takkan selamat kalau keluar dari asrama, rasa macam ada orang nak aniaya aku. Lepas dapat result SPM, mak aku pulak paksa aku pergi sambung study di luar negara.

Yang tak bestnya, aku dapat course yang aku tak minat, dan kena pergi negeri barat. Aku memang taknak pergi, aku jenis tak suka english, speaking pun tak pandai. dulu masa kelas BI la aku selalu mengantuk nak tidur. Tapi sampai dah tahap kena paksa, dan ugut, aku terimalah jugak offer belajar di USA tu.

Masa peringkat persediaan pun aku dah rasa tertekan, sampai satu hari tu peringkat berdarah hidung aku. Masa di USA, aku selalu pengsan, muntah, selalu ketakutan. Aku jadi takut antara sebabnya ialah nak maintain result dan grade tinggi.

Habislah kalau result jatuh, kena balik Malaysia dan bayar balik biasiswa. Satu lagi aku takde kawan dekat sana, course yang aku buat ni, aku sorang je orang Malaysia. Paling menyedihkan, aku dah sampai peringkat nampak bayang-bayang lah, dengar suara , dunia aku macam dah berpusing sampai tak boleh belajar dah.

Aku kena masuk wad sampai 3 kali, sebab ada dah sampai peringkat buat benda tak elok pada diri sendiri, kerana tertekan, kerana malnutrition. Aku pulaK rasa tak boleh nak move on dengan zaman tahun 2012, aku jadi rindu kat kawan-kawan, tersangat rindu, rasa nak balik semula zaman tu.

Psikiataris aku maklumkan kepada JPA Officer ,condition aku sudah semakin teruk, aku dinasihatkan balik , sekurang-kurangnya ada keluarga kat Malaysia, Aku pun terpaksa akur, dan dapat surat dari JPA. Aku terpaksa balik sebab pointer aku dah teruk, bawah 3.00. Aku dah macam mấyat hidup dah masa tu aku dah nak final year. Sayangnyaaa..

Bila aku dah sampai rumah, terus aku kena bantai dengan ayah aku, tapi marah mulut je lah,tapi tak kena pukul. Tapi kesihatan mental aku jadi makin teruk sebab sampai pulak surat JPA minta tuntutan ganti rugi, tapi yang aku faham kalau tak sihat, tak perlu bayar balik.

Aku rasa tertipu, setengah juta guys nak kena bayar balik. Mana aku nak cari duit sebanyak tu. Bila aku duduk rumah, otak aku makin mereng. Sampai tahap aku pergi sendiri hospital minta rawatan psikiatri.

Aku sekarang ada 4 perkara yang di diagnos, Ptsd, borderline, bipolar dan depression. Ubat toksah cakap, memang banyak. Aku dah tak tahu apa lagi nak buat dalam hidup aku, setiap hari aku harap tuhan pergi cabut nyawa aku.

Kalau aku sambung belajar pun, mana nak cekau duit, belajar universiti ni bukan murah. Aku ada jugak isi UPU sebab nak cari jalan lari dari rumah ni. Aku tetap percaya aku ni budak pandai. Aku dah rasa hopeless, ambil pil tidur banyak, dan rasa nak terjun bangunan.

Nak dijadikan cerita, aku pun ada satu kisah mistik, tak tahulah korang masih baca ke tak luahan aku ni.

Aku ada sorang makcik ni , rapatlah juga, aku rapat dengan makcik aku ni lepas dia dapat tahu aku kena belasah dengan bapak aku. Sekali sekala memang aku ada balik rumah dia tapi jaranglah sebab aku rasa tak selesa nak kena pakai tudung depan sepupu lelaki anak dia.

Aku jadi makin rapat masa aku tingkatan 4 masa awal tahun 2011. Dipendekkan cerita, Makcik aku ni Jusa dalam KPM, dan Pakcik aku pegawai pendidikan depat JPN.

Walaupun diorang ni pandai, study IPTA zaman 80-an dulu tapi anak anak diorang ni tak berapa pandai. Banyak kali makcik aku persoalkan, macam mana adik beradik aku boleh masuk asrama semua. Dia macam tak puas hati.

Aku dapat makluman anak dia yang ketiga dan bongsu masuk asrama penuh pakai cable dan anak kedua dia pakai cable untuk masuk matrik walaupun SPM dia 3A je. Aku dulu dapat biasiswa Petronas dan JPA.

Lepas je dia dapat tahu aku dapat scholarship Petronas, mengamuk dia, dia sampai tengking aku yang aku takkan berjaya grad, dan dia cakap SPM ni takde apa pun. Aku jadi terasa hati dengan ayat dia tapi tak ambil kisah sangat sebab aku ni jenis tak tahu apa orang cakap.

Bermula tahun 2013, aku jadi rasa lain macam, sampai sekarang pun aku tak pernah lagi berubat kampung ke rawatan islam ke, sebab keluarga aku jenis tak percaya benda-benda ni. Aku dah makin teruk, tak boleh control diri, otak aku dah serabut sangat.

Aku selalu mimpi pelik-pelik, dukung baby lah, mimpi arwah nenek aku makan cacing, kena patuk ular, kejar hantu, gigit anjing. Aku pun selalu ada rasa benda berjalan dalam kulit aku, Satu malam tu, aku termimpi makcik Jusa aku tu pergi jumpa seorang perempuan tua, ada gambar aku atas patung kecik dan patung tu dia letakkan atas lilin dan ada jarum dicucuk pada badan patung tu dan kepala.

Masa aku tengah sakit dekat USA, Abang aku pun ada jumpa Darulsyifa, cerita pasal aku, ustaz darulsyifa tu letak nama aku dan tasbih atas tu, tasbih tu berpusing-pusing, dan cakap aku memang sakit tenat.

Tapi kalau betul lah aku disihir oleh makcik aku sendiri, sebab dari dulu lagi nampak motif dia nak jatuhkan aku. Aku pun banyak berdoa lepas solat tahajud, tapi petunjuk mimpi pasal makcik aku tu berulang-ulang banyak kali.

Kalau siapa ada baca luahan aku ni, boleh ke tolong rekemenkan mana-mana ustaz untuk aku berubat sebab dah tak tahan sangat. Please help me.

Reply