no comments

Terbongkar Sudah! Fattah Amin Disangka Nikah Di Rumah Nenek Fazura, Tapi Rupa-Rupanya Majlis….

Khemah dengan hiasan seperti majlis kahwin, keluarga pihak lelaki dan perempuan hadir, malah rakan baik dan pengurus juga turut hadir sekali gus menimbulkan tanda tanya majlis apakah yang berlangsung di kediaman dipercayai kediaman nenek pelakon dan penyanyi, Fazura di Petaling Jaya, malam semalam.

Heboh tentang dakwaan pelakon Fattah Amin dan Nur Fazura sudah bernikah semalam mungkin terjawab apabila pasangan itu berjanji untuk mengadakan sidang media selepas pulang daripada mengerjakan Umrah.

Tiada apa-apa majlis ‘istimewa’ di Tanah Suci nanti sebaliknya hanya menunaikan umrah dan bukannya majlis akad nikah sebagaimana digambarkan media sebelum ini.

Kedua-dua pelakon berkenaan berlepas ke Tanah Suci kira-kira 12.10 tengahari, hari ini menerusi pesawat Saudi Arabian Airlines SV841 bagi menunaikan umrah bersama keluarga terdekat.

Mereka dijangka pulang ke tanah air pada 23 November.

Pengurus Fattah Amin, Sakirin Shak atau dikenali Acha mengesahkan bahawa majlis tertutup berlangsung di rumah nenek Fazura, malam tadi adalah kenduri dan doa selamat sempena mengerjakan umrah.

“Bagaimanapun, mungkin ada perbincangan peribadi atau pasal umrah. Saya sendiri tak (tidak) tahu, tunggu selanjutnya kenyataan rasmi daripada pihak pengurusan Fattah Amin dan Fazura nanti.

“Saya tidak pasti bila kenyataan itu akan dikeluarkan. Mungkin dalam tempoh terdekat. Apa yang pasti selepas pulang ke tanah air kelak akan ada sidang media daripada mereka berdua,” katanya.

Katanya, bagi adil kepada semua pihak media, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan media berkaitan apa-apa perkembangan selanjutnya mengenai Fattah Amin dan Fazura.

Acha berkata, turut sama mengerjakan umrah adalah ibu dan bapa Fattah Amin selain ibu, adik dan bapa saudara Fazura.

Turut sama adalah rakan baik Fazura yang juga pereka fesyen terkenal, Rizman.

Acha berkata, pihaknya sudah merancang untuk mengerjakan umrah bersama-sama sejak sebulan lalu.

Terdahulu, Fattah Amin dan Fazura tiba di Balai Berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira 10.30 pagi sebelum mendaftar masuk 11.30 pagi.

Ketibaan kedua-dua pelakon itu menarik perhatian orang ramai di KLIA malah ada mengambil kesempatan bergambar dan berswafoto dengan mereka.

Usaha wartawan menemubual Fattah Amin dan Fazura tidak kesampaian apabila kedua-dua mereka memilih untuk berdiam diri.

Hubungan Fattah dan Fazura terus menjadi tanda tanya apabila kedua-dua hadir majlis tertutup di rumah nenek Fazura di Petaling Jaya, malam tadi.

Lebih menimbulkan tanda tanya, kedua-dua ahli keluarga terdekat turut hadir majlis itu sekali gus menguatkan khabar angin bahawa mereka berdua akan bernikah termasuk merancang mengadakan akad nikah di Tanah Suci.

Pasangan berkenaan sebelum ini dikhabar bakal bertunang pada 13 November lalu namun masing-masing mengunci mulut dan terus berteka-teki.

Hubungan rapat antara Fazura dan Fattah mula terjalin sejak berganding bersama dalam drama berjudul Hero Seorang Cinderella. Rentetan keserasian itu, ramai peminat berharap mereka akan bercinta.

Fattah dan Fazura berangkat menunaikan umrah Tanah Suci bersama ahli keluarga kedua belah pihak dan wakil pengurusan masing-masing.

Dalam kenyataan media, Fattah dan Fazura dengan rendah hati memohon seribu kemaafan kepada semua dan memohon doa daripada semua rakan-rakan wartawan dan semua peminat dengan harapan semoga umrah mereka dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.

Difahamkan, mereka juga akan mengadakan satu sidang media pada 23 November ini. Namun begitu Lokasi dan masa sidang media akan diberitahu kelak.

HMetro Online

Reply