Majikan Bersama Pembantu Rumah Ketika Isteri Tiada Di Rumah Adakah Boleh Dianggap Khalwat?
Soalan :
Assalamualaikum mohon penjelasan tentang kedudukan seorang majikan lelaki bersama pembantu rumah di dalam rumahnya ketika ketiadaan isterinya di rumah, tetapi terdapat anak-anak yang masih kecil. Adakah boleh dianggap khalwat?
Jawapan:
Wa’alaikumussalam,
Ya, ia dianggap khalwat kerana Nabi SAW bersabda:
“Janganlah seorang lelaki bersunyian (berkhalwat) dengan seorang wanita kecuali disertai mahramnya (yakni mahram wanita itu)” (Soheh al-Bukhari; 1862. Muslim; 1341).
Perbuatan tersebut boleh menimbulkan keraguan dan mendorong kepada berlakunya zina. Kehadiran anak-anak yang masih kecil tidak menggugurkan hukum tersebut kerana kewujudan mereka tidak dapat menutup keraguan dan tidak menghalang dari zina.
Wallahu a’lam.