Mahathir Mahu Pecat Muhyiddin
Nampaknya hubungan Perdana Menteri sekarang(Tan Sri Muhyiddin Yassin) dengan bekas Perdana Menteri iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad tidaklah seakrab dahulu.
Dahulu mereka ini satu pakatan sama dan satu parti yang sama. Kini Tun Dr Mahathir Mohamad tidak lagi sehaluan dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Tun Dr Mahathir Mohamad akan membawa isu pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ke dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT).
Katanya perkara itu akan dilakukan menerusi mesyuarat berkenaan.
“Kita memang nak pecat dia, tapi saya kena tunggu Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT),” katanya pada sidang media khas di Ibu Pejabat Bersatu hari ini.
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin sepatutnya mengadakan sidang media di lokasi sama pada 4 petang tadi berhubung isu semasa Bersatu sebelum kemunculan secara tiba-tiba Dr Mahathir.
Berikutan perubahan itu, difahamkan, Hamzah yang juga Menteri Dalam Negeri itu bergerak ke sebuah hotel di ibu negara.
Sidang media Dr Mahathir itu turut dihadiri Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Datuk Ir Amiruddin Hamzah, Dr Maszlee Malik dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Dr Mahathir berkata, banyak perkara salah dilakukan Muhyiddin sejak kebelakangan ini terutama membabitkan pemberian jawatan kepada ahli UMNO yang menyertai Bersatu.
“Parti sudah buat keputusan bahawa orang UMNO yang masuk Bersatu mesti melalui satu proses.
“Orang UMNO tidak boleh pegang apa-apa jawatan. Apa yang dibuat oleh Muhyiddin adalah salah,” katanya.
Hubungan Tun Dr Mahathir Mohamad berubah renggang apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin secara tiba-tiba dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-8 setelah menjadapat majoriti sokongan Ahli Parlimen dalam membentuk Perikatan Nasional(PN).
Oleh kerana tindakan tersebutlah membuatkan bekas Perdana Menteri itu kecewa dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sehingga kini Tun Dr Mahathir Mohamad masih lagi tidak merestui kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menganggap kerajaan yang dibentuk adalah “kerajaan pintu belakang” dan bukannya pilihan rakyat Malaysia.