no comments

Ramai Yg Silap, Sebenarnya Bukan ‘Addy Gemok’ Yg Lari Panjat Pagar SPRM, Tapi Orang Lain

Sebelum ini tular isu beberapa individu ditahan pihak SPRM berhubung kes sindiket terbesar macau scam apabila ‘mencuci duit’ dengan melabur dalam perniagaan selebriti terkenal. Individu utama kes itu bergelar ‘datuk’ dikenali sebagai Addy Kana, berbangsa melayu dan berbadan gempal.

Namun, kecoh beberapa hari lepas selepas itu di media sosial apabila dikejutkan dengan kelolosan ‘big boss’ macau scam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Isnin lalu.

Kehilangan sspɛk utama bergelar ‘Datuk Seri’ yang disiasat berhubung kes pengubahan wang haram sebaik dibebaskan SPRM itu menimbulkan seribu tanda tanya para netizen dan tidak kurang juga ada yang mempersoal ketelusan pihak SPRM dan polis.

Lelaki bergelar ‘Datuk Seri’ itu dilaporkan memanjat pagar belakang bangunan SPRM di Putrajaya bagi mengelakkan diri dari ditahan polis selepas hadir untuk proses dokumentasi jaminan.

Lantasan kejadian itu, bermacam-macam teori dikemukakan warganet, bagaimana seorang lelaki ‘berbadan besar’ itu mampu memanjat tembok berpagar setinggi lebih tiga meter itu.

Namun ramai yang tersilap menyangka! Sebenarnya ‘Datuk Seri’ yang meloloskan diri itu bukanlah Addy Kana yang tular itu, tapi sebaliknya individu lain.

Semalam, polis telah mendedahkan identiti sebenar OTK (Orang Kena Tahan) yang berjaya melarikan diri di ibu pejabat SPRM itu.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed, suspɛk dikenali sebagai Goh Leong Yeong, 32 tahun, beralamat di Blok 25B2-5-8 Miharja Condo, Jalan Cheras di ibu negara.

“Individu ini dikehendaki bersabit siasatan melibatkan tiga kes di bawah Seksyen 4(1)(C) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 kerana terlibat dalam penganjuran judi online di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras Deputi Superintendan Ahmad Zamri Jal di talian 012-8993622 atau Pegawai Penyiasat Inspektor Muhammad Faizal Asuar di talian 017-3126411.

Mengikut kronologi, pada 11 Oktober lalu, sembilan suspɛk yang dilepas reman, dibawa balik ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk proses dokumentasi jaminan.

Apabila tiba di pejabat SPRM, kelihatan ramai pegawai polis berkumpul di lobi utama. Ini menyebabkan kesemua suspɛk tidak mahu keluar dari kenderaan masing-masing. Ada di kalangan ahli keluarganya juga hadir untuk proses jaminan.

Berlaku kekecohan berlaku di lobi utama bangunan SPRM bila kesemua OKT (orang kena tahan) enggan turun dari kenderaan kerana kehadiran anggota polis yang ramai di lobi Ibu Pejabat SPRM.

Hasil perbincangan antara SPRM, polis dan peguam yang hadir, pihak polis akur dan bersetuju untuk menunggu di pintu utama luar pejabat SPRM.

Selepas selesai proses dokumentasi jaminan, kesemua OKT dibebaskan dan menaiki kenderaan masing-masing keluar dari Ibu pejabat SPRM.

Terdapat empat kenderaan model Velfire memasuki Ibu Pejabat SPRM bagi menjemput saspek yang melarikan diri itu. Setiap kenderaan yang melalui pintu pagar utama ditahan polis dan suspɛk ditangkap semula polis.

Walau bagaimana pun salah seorang seorang sspɛk yang telah dibebaskan dengan jaminan, diserahkan SPRM kepada peguamnya.

Sspɛk terbabit kemudian masuk ke dalam Velfire bersama-sama peguam, pengawal peribadi dan pemandu.

Sspɛk sememangnya telah masuk ke dalam kenderaan dan dilihat menuju ke pintu pagar utama. Namun dalam pergerakan antara pintu lobi dan pagar utama, dia dipercayai bertindak keluar dari kenderaan dan melarikan diri di pagar sisi (berdekatan pintu belakang bangunan SPRM) dengan dibantu dua lagi pengawal peribadi yang bersedia untuk membantu beliau memanjat pagar dan meloloskan diri dari tangkapan polis.

Apabila pihak polis menahan Velfire yang melalui pintu pagar utama, baru disedari sspɛk terbabit sudah melarikan diri.

Hasil semakan CCTV mendapati OKT itu memanjat pagar dengan bantuan dua bodyguard (pengawal peribadi). Sebuah kereta Perodua Myvi dilihat menunggu di tepi jalan dan bertindak melarikannya.

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) memandang serius kes ini dan telah menjalankan siasatan mengenari punca yang menyebabkan perkara ini boleh berlaku.

“EAIC telah membuka kertas siasatan dan menjalankan siasatan awal di bawah Seksyen 28 Akta EAIC 2009 (Akta 700),” kata pengerusinya, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Reply