no comments

Macam Mana Brunei Tiada Kes Covid 19? Allahuakbar.. Katanya Di Brunei Setiap Waktu Pagi Semua Media…

“Macam mana Brunei boleh tak ada kes. Kalau ikutkan kes diorang dahulu agak tinggi juga.

Dengan izin Allah hari ini, dari live Ustazah Asma Harun.

Katanya, dia ada sahabat di Brunei. Sahabatnya beritahu, setiap waktu pagi, semua rangkaian televisyen, radio, atau apa media sekalipun, mereka mewajibkan bacaan surah Yassin baca juga dia hospital-hospital wad semua jabatan awam lain.

Sultan, Menteri Agama, rakyat ke apa, semuanya wajib membaca surah Yassin. Allahu.

Mungkin Allah nak lihat, sejauh mana kebergantungan kita kepada Allah, sekuat mana iman kita, sejauh mana kekuatan kita untuk meminta dengan Allah secara berterusan dan sejauh mana kita mampu mengekalkan akhlak yang baik.

Perasan tak apa yang berlaku pada Malaysia sekarang ni? Kita saling menyalahi sama satu lain, kita menghina, kita mengeji.

Allah nak uji kita. Jadi kita kena ingat. Semua ini milik Allah. Kita kena selalu meminta Doa dengan Allah. Kita tak boleh jaga kita tapi ingatlah Allah yang jaga kita. Buat apa Allah suruh, tinggal apa yang Allah larang.

Banyaklah Istighfar, berdoa, memuji Allah. InsyaAllah.. Jom mula kan dari rumah setiap kita.. Moga Allah selamatkan Malaysia.

cc: Facebook Majlis Ilmu

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close