no comments

Luahan Sayu Bakal Isteri Arwah Izhar (Mangsa Tumbukan Maut)

Luahan Sayu Bakal Isteri Arwah Izhar (Mangsa Tumbukan Maut)

Berikutan kejadian yang meragut nyawa seorang pemandu van sekolah yang bakal mendirikan rumah tangga 28 february ini, tunang kepada arwah meluahkan perasaan sedih. Tumbukan maut itu dikatakan berpunca kerana tertinggal mengambil anak saudara suspek yang pulang dari sekolah agama.

Suspek yang berang dengan tindakan arwah Mohd Izhharuddin Nordin, nekad mengekori van terbabit dengan motorsikal sebelum menahannya dibahu jalan Kampung Sungai Udang, kemudian suspek bertindak ganas dan membelasah mangsa yang berusia 24 tahun hingga maut.

Pada hari kejadian, Arwah dikatakan berpuasa ketika menemui ajalnya.

Luahan Sayu Tunang Arwah Izhar

Luahan.png

Syurga bagimu duhai kekasih hati hadirmu memberi sinar dalam hidupku walaupun seketika, tetapi Allah lebih menyayangimu” Al-fatihah” Tabahlah duhai hati.

Itulah luahan wanita bernama Hayati yang bakal menjadi isteri kepada Mohd Izhharuddin Nordin mangsa yang ditumbuk mati oleh seorang lelaki berusia 29 tahun yang berlaku di jalan Kampung Sungai Udang semalam.

Difahamkan jenazah mangsa dibawa pulang ke rumahnya sekitar jam 12 tengah hari tadi, dan disembahyangkan selepas sohor di Surau Khusyairiah. Jenazah kemudian dikebumikan di tanah pekuburan Islam Kelang Sungai Sireh.

3.png

 

Anak saudara suspek bukan tertinggal.

4.png

Menurut laporan Harian Metro ketua polis daerah Kelang Selatan, Asisten Komisioner Azman Abdul Razak yang dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memberitahu suspek berusia 29 tahun telah ditahan polis.

AL-FATIHAH

2.jpg

Reply