Luahan Hati Isteri Muda Yang Diceraikan Suami Gara-Gara Sikap Pemalasnya
Assalamualaikum. Aku ina. Aku baru bercerai talak satu seminggu lepas. Aku baru je berumur 22 tahun.
Punca aku cerai sebeb bekas suami aku cur@ng. Tapi aku tak salahkan dia. Dia stress tengok aku yang pemalas. Tak jalankan tanggungjawab.
Betul, bila dah cerai ni. Aku muhasabah balik. Siapa boleh tahan dengan bini macam aku? Banyangkan masa anak dara. Bangun tido lambat, masak tak reti, kerja teng0k korea, main handphone je. Kemas rumah,jarang-jarang sekali. Kerja melepak.
Masa bercinta. Memang seronok lah. Sweet-sweet je .jumpa . Dating. Mesej-mesej kat fon. Kita nampak tu adalah lakonan. Bila dah kahwin . Episod yang bermula adalah tanggungjawab.
Masa mula-mula kahwin. Boleh lah aku hipokrit. Rajin masa 2 3 hari. Sebab menjadi pemalas dah jadi satu kebiasaan kan. So lama-lama habit lama tu terserlah masa kahwin. Mungkin kat situ suami aku stress, baik bela biawak kan. Kat situ bermulalah episod dia cari perempuan lain. Katanya lebih matang. Bertanggungjawab.
Dulu, aku nak sangat kahwin. Sebab masa bercinta sweet-sweet. Ingat kahwin nak halalkan hubungan. Betul kata tulisan Adnin Rosli dalam tarbiah sentap. Niat kawin kalau setakat nak “halalkan” tak cukup. Perkara pertama mesti kerana Allah dan kena tahu kahwin adalah amanah.
Pesan aku, buat wanita-wanita di luar sana. Yang pemalas macam aku. Berubahlah. Benda malas ni bukan boleh berubah sekelip mata. Didiklah diri dari sekarang supaya buang sifat malas. Jadilah wanita yang serba boleh. Bukan hidup hanya bermalas-malasan lepas tu bercinta tanpa fikir banyak tanggungjawab dalam hidup in future.
Plus, bila fikir balik. Laki aku ceraikan aku sebab benda-benda macam ni padahal usia mahligai kami baru masuk setahun. Dah tak tahan. Kesian mak ayah aku selama ni bela aku yang pemalas. Maaf mak ayah. Lepas ni aku akan cuba jadi anak yang bertanggungjawab.
Doakan aku kuat. Aku sayang dia. Tapi dia ada perempuan lain. Doakan aku jumpa orang yang baik. Aku nak berubah. Tapi aku nak berubah untuk mak ayah dan Allah dulu. Kahwin? Nanti-nantilah buat masa ni. Aku nak kutip ilmu. Supaya bila dah kahwin nanti ada ilmu nak didik anak. Supaya tak jadi macam aku.
Buat lelaki. Kahwini perempuan bukan sebab kecantikan je. Cantik tak reti buat keje tak ada makna. Macam aku (eh cantik ke? Hehehe) sebab tu orang zaman dulu kalau kahwin dari A-Z dia siasat pasangan tu dari jiran-jiran sebelah, kawan-kawan saudara mara. Bukan main sapu je nak kahwin.
Semoga perkahwinan adalah satu ibadah . Bukan kerana n@fsu. Kita nak melahirkan generasi hebat. Kalau takde ilmu .kahwin. keluarlah generasi-generasi baru yang samp4h macam aku.
Dikongsi di facebook – IIUM Confessions – BM