no comments

Luahan Derita Dalam Diari…”Ya Allah.. Sudah Tidak Tahan, Bukakan Pintu Hati Ibubapaku Untuk Pindah Sekolah”

Luahan Derita Dalam Diari…”Ya Allah.. Sudah Tidak Tahan, Bukakan Pintu Hati Ibubapaku Untuk Pindah Sekolah”

Derita Mohamad Thaqif! Pelajar sebuah Madrasah berusia 11 tahun yang kakinya telah dipotong akibat dipukul pembantu warden. Mula menanggung penderitaan sejak bulan lepas dan telah menulis luahan sedihnya dalam satu diari.

Ibu saudaranya, Dzuraidah Ahmad, 38, berkata Mohamad Thaqif Amin Mohd Gadaffi sebelum ini mengadu sering dipukul oleh seorang pembantu warden seperti yang dilaporkan.

“Anak saudara saya beritahu kadang-kadang dia dan rakan-rakannya secara sukarela menawarkan diri menjadi orang pertama dipukul kerana mereka mahu tidur awal disebabkan terpaksa bangun pada pukul 3 pagi untuk solat,” dakwanya.

Dzuraidah berkata keluarganya telah terjumpa diari kanak-kanak itu, di mana dia telah menulis tentang kesakitan yang terpaksa ditanggung.

“Dia menulis dipukul tanpa sebab dan sudah tidak mampu bertahan dengan apa yang berlaku, dia mahu berpindah ke sekolah lain,” kata Dzuraidah di Hospital Sultan Ismail semalam.

Dalam satu diari itu, Thaqif menulis bahawa punggungnya telah dipukul selepas pembantu warden menyuruhnya mencuci beberapa biji cawan.

“Ya Allah, bukakanlah pintu hati ibu bapaku untuk membenarkanku berpindah ke sekolah lain kerana aku sudah tidak tahan lagi. Tolonglah Ya Allah, semoga permintaanku ini dimakbulkan,” demikian apa yang ditulis olehnya.

Menurut seorang lagi ibu saudaranya, Nurul Nabila Ahmad, 30, keadaan kanak-kanak itu bertambah teruk apabila terdapat darah beku di bahu kirinya.

“Pada mulanya kami menyangka keadaannya semakin baik, kerana tangan kanannya perlahan-lahan kembali ke warna asal, tetapi pada Ahad, kami kecewa dengan berita darah beku di bahunya,” katanya.

Doktor telah memberikan ubat penipisan darah kepada anak saudaranya, dan telah menjalani dialisis disebabkan kegagalan buah pinggang.

Adik Thaqif kini berada dalam keadaan koma dan kritikal, dan doktor berusaha merawat untuk menghentikan darah bekunya dari menjadi lebih teruk. Kedua-dua kakinya juga telah dipotong bagi mengelakkan kuman daripada terus merebak.

 

Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri Abd Mutalip Abd Rahim berkata pemeriksaan menunjukkan sekolah agama swasta ini adalah salah sebuah institusi yang terkemuka di negeri ini.

Dilaporkan murid berkenaan didakwa dipukul oleh pembantu warden di sebuah sekolah tahfiz di Kampung Lukut, Kota Tinggi.

 

The Star

Reply