1 comments

Lelaki Takut Bini Kena Denda RM1,400

Kisah pasal suami takut bini biasa kita dengar tapi kes ini sedikit pelik kerana takut bini punya pasal sanggup buat laporan polis palsu.

OK. Jom kita baca berita penuh ini…

Seorang lelaki telah didenda sebanyak RM1,400 oleh Mahkamah Majistret kerana kesalahan membuat laporan polis palsu. Puncanya adalah kerana takut dimarahi isterinya selepas wang diberi wanita berkenaan hilang pada bulan Jun tahun lalu.

Analia Kamaruddin selaku bertugas sebagai Majistret menjatuhi hukuman itu terhadap Mohd Fairuz Malik, 40. Ini adalah selepas tertuduh mengaku bersalah sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Berdasarkan pertuduhan, Mohd Fairuz didakwa secara sengaja telah membuat laporan polis palsu berkaitan kejadian samun. Disebabkan itu, dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan dan jika didapati bersalah akan dihukuman penjara hingga enam bulan atau denda hingga RM2,000.

Perbuatan salah itu telah dilakukan tertuduh di Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah, pada jam 5.45 petang, 4 Jun 2016.

Prosiding pendakwaan tersebut yang dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Shazreen Nadia Saaban memohon hukuman setimpal dikenakan kepada tertuduh sebagai pengajaran.

Tertuduh yang diwakili peguam Ishak Kari telah merayu kepada pihak mahkamah supaya hukuman ringan dikenakan. Alasan diberikan adalah kerana dia tiada pilihan. Tertuduh terpaksa membuat laporan palsu kerana wang yang telah diamanahkan oleh isterinya telah hilang. Dalam erti kata lain dia takut dimarahi oleh isterinya atas kehilangan wang yang diberikan.

Taku Bini Punya Pasal….

Kerana takut bini punya pasal sanggup buat laporan palsu. Kesiannya… Apa-apa pun, nak cuba lari pun dah tak boleh. Duit isteri beri hilang. Dapat pulak saman RM1,400. Semuanya duit. Bertabahlah wahai suami….

One Response

  1. Mohd Noor Aizad Nordin

Reply