no comments

Lelaki Jumpa Mutiara Oren Bernilai RM1.3Juta Paling Jarang Ditemui Di Dunia

Bumi dipenuhi dengan khazanah yang cukup bernḭlai. Banyak sumbɛr mineral yang terdapat dalam perut bumi ini antaranya ialah petroleum, emas, berlian, batu permata, mutiara dan banyak lagi. Nilai sumber-sumber ini berbeza-beza bergantung kepada betapa jarang ia ditemui, kualiti dan permintaan terhadapnya.

Sudah pastinya rezeki terpijak buat mereka yang menɛmuinya dan berjaya memiliki antara ‘harta karun’ bernilai itu.

Hal ini terjadi buat seorang lelaki yang tidak menyangka akan tuah nasibnya apabila menemui sejenis mutiara yang jarang ditemui dianggarkan bernilẫi kira-kira 250,000 Pound Sterling (RM1,397,860).

Semuanya bermula apabila Hatachai Niyomdecha, berjalan bersama keluarganya di pantai sebelum terlihat satu pelampung hanyut berhampiran pantai wilayah Si Thammarat.

Lelaki berusia 37 tahun itu membawanya ke rumah dan mahu mengetahui isi dalamnya selepas mendapati tiga cengkerang tersangkut padanya.

Hatachai dan adiknya membawa cengkerang itu kepada bapa mereka, Bangmad, yang kemudian membersihkannya sebelum menemui mutiara berkenaan.

Mutiara itu sebenarnya dikenali oren Melo antara yang jarang dijumpai. Mutiara Melo merupakan spesies mutiara yang tidak boleh dibiakkan seperti mutiara-mutiara lain. Ia dipercayai hanya boleh dihasilkan secara semulajadi oleh sejenis siput laut bernama Melo Melo dari spesies Volutidae. Oleh itu, ia amat jarang ditemui, membuatkan harganya menjadi sangat mẫhal.

Ia biasa ditemui dalam cengkerang siput dikenali Melo Melo namun mereka menemuinya dalam cengkerang tiram.

Hatachai dan isterinya merancang menjual mutiara itu dengan nilai tinggi dan mengesahkan sudah ada senarai pembeli yang berminat.

“Saya mahu menjual mṳtiara itu dengan harga paling tinggi. Wẫng itu tidak akan mengubah hidup saya, tetapi nasib saya.

“Seluruh keluarga saya akan mempunyai kehidupan lebih baik,” katanya seperti dilaporkan Daḭly Star.

Jika berjaya dijṳal boleh jadi jutẫwan segera. Tuah ayam nampak pada kakinya, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Penɛmuan tidak diduga itu berlaku di negara jiran, Thailand.

Reply