Lelaki Ini Nekad Berhenti Jadi Doktor Dan Kini Kerja Jual Aksesori Phone
Percaya rezeki datang dari Allah, mungkin itulah yang dipegang oleh anak muda dari Temerloh, Pahang ini. Bekas doktor Hospital Sultan Haji Ahmad Shah ini nekad berhenti jadi doktor dan memulakan perniagaan sendiri.
Kerana minat dan niat mahu membantu penduduk setempat, dia memulakan perniagaan aksesori telefon. Dia menjual phone, screen protector dan macam-macam lagi dengan harga yang murah.
Pada mulanya lelaki ini hanya menjalankan perniagaan di sekitar kaki lima tapi malangnya dihalau oleh pihak berkuasa. Dia juga pernah menjual di sekitar pasar malam.
Salam warga temerloh.koi sebelum ni seorang doktor di HOSHAS,tp disebabkn minat yg amat psl fone dan kesian kt org temerloh terpaksa beli brg fone yg mahal2 kdg2 harga xmasuk akal ,jd koi pn berhenti dan bisnes aksesori telefon bimbit.
Disebabkan kekurangan modal,koi start depan kaki lima maybank. mesti ramai yg ingt koi jual tempered glass dan kabel remax kt depan maybank setiap malam awal tahun 2015. Tp disebabkan ada yg buat aduan,koi telah dihalau oleh majlis.
Berkat usahanya, lelaki yang dikenali sebagai Farhan ini berjaya membuka kedai sendiri. Katanya aksesori telefon yang dijual 50% ke 70% murah.
Lepas tu pindah ke pasar malam dan start maju ketika di CBS temerloh. Dan kini koi telah berjaya membuka kedai sendiri, DR.fone
Insyallah harga 50% ke 70% murah dari bandar temerloh yg majoriti kedai milik org cina. Niat koi ingin membantu org sambil menjana pendapatan.Insyallah koi akan cuba pecahkan monopoli cina dalam bisnes aksesori telefon. Amin
moral of story-kerja xsemesti nya apa yg kita blaja masa u dulu,yg penting ikhlas kerana allah,biar sedikit asal berkat…
Sementara itu orang ramai mengakui harga yang dijual memang sangat murah berbanding tempat lain.
Bagi mereka yang selalu beli aksesori telefon tahu lah. Lokasi kedai di Paya Pulai berdekatan simpang masuk Taman Jaya 6.