no comments

Lelaki Ini Kongsi Isi Minyak di Stesen Petron Lagi Berbaloi Tapi Lain Pula Kata Netizen

Bagi anda yang menggunakan kenderaan samaada kereta atau motorsikal, sudah tentu anda sudah mempunyai anggaran sendiri berapakah kos minyak petrol anda sebulan. Kos minyak motorsikal mungkin tidak terlalu menjadi isu kerana ianya tidak terlalu tinggi. Rata-rata dalam kalangan kita lebih suka menggunakan motorsikal kerana dilihat lebih menjimatkan dan kalis trafik jam. Namun bagi mereka yang perlu menggunakan kereta setiap hari untuk pergi ke tempat kerja atas sebab-sebab tertentu, pastinya perlu menanggung kos petrol yang tinggi setiap bulan.

Ada yang berbelanja purata RM200 hingga RM300 sebulan dan mungkin ianya agak mencengkam kewangan anda sekiranya pendapatan masih lagi tidak meningkat.

Dalam artikel ini, bukanlah ingin berkongsi tips untuk mendapatkan penjimatan petrol tetapi berkongsi info stesen minyak petrol manakah yang dikatakan lebih berbaloi dari segi manfaat kepada pelanggan.

Baru-baru ini telah tular satu perkongsian di facebook yang berkongsi penjimatan kos isi minyak di 4 buah stesen minyak. 4 pilihan tersebut adalah Petronas, Petron, BH Petrol dan Shell. Penjimatan kos yang dikongsikan bukanlah berkisar kepada jumlah kilometer yang diperolehi bagi setiap stesen minyak, kerana perkara itu lebih bergantung kepada jenis kenderaan yang anda gunakan.

Perkongsian lelaki ini adalah lebih fokus kepada penggunaan kad ahli atau member yang menerima ‘point’ dari setiap pembayaran isi minyak kenderaan.

Berikut adalah ciapan dari facebook bernama Faizan Dasuki.:

Kongsi Faizan Dasuki:

Mana lagi jimat?

Samada Petronas MESRA vs Petron MILES vs BH Petrol vs Shell Bonuslink

1. Petronas

1 Liter 1 point

4000 point bernilai RM40 (minyak free)

Untuk mengumpul 4000 point, perlu 4000 liter Euro 5 X RM2.35=RM9,400

RM40/ RM9,400 X 100% = 0.43% Pulangan

2. Petron

1 Liter 2 point

3000 point bernilai RM45 (minyak free)

Untuk mengumpul 3000 point perlu 1,500 liter Euro 5 X RM2.35= RM3,525

RM45/ RM3,525 X 100%= 1.28% Pulangan

3. BH Petrol

1 liter 1 point

3800 point bernilai RM45 (minyak free)

Untuk mengumpul 3,800 point, perlu 3,800 liter Euro 5 X RM2.35= RM8,930

RM40 / RM8930 X 100% = 0.45% Pulangan

4. Shell

1 Liter 1 point

4000 point bernilai RM40 (minyak free)

Untuk mengumpul 4,000 point perlu 4000 liter Euro X RM2.35= RM9,400

RM40 / RM9,400 x 100% = 0.43 % Pulangan

Kesimpulannya disini, tawaran dari Petron adalah yang terbaik.

Begitulah antara perkongsian Faizan Dasuki. Mengikut kesimpulan beliau mengisi minyak di Petron dilihat paling berbaloi dari segi pulangan point yang diberikan kepada pelanggan. Namun ini adalah perkongsian peribadinya sahaja dan mungkin masih ada pertikaian dari orang yang melihat perkongsian pengiraan ini.

Perkongsian Faizan Dasuki ini telah menerima 275 komen dan lebih 200 oang komen, pelbagai respon telah diberikan dalam ciapan tersebut. Ada yang menerima perkongsian tersebut dan tidak kurang juga yang mengkritik dan mengatakan ianya tidak tepat.

Selebihnya komen-komen yang diberikan adalah ramai yang tidak tahu dan tidak kisah tentang penjimatan yang diperoleh kerana lebih memikirkan lokasi stesen minyaklah yang memainkan peranan untuk dijadikan pilihan.

Ini antara komen netizen”

Wow thanks share info

Saya support petronas jugak

Tak sempat fikir, mana yang jimat, sebab petronas paling dekat dengan rumah, dan paling senang jumpa kat mana-mana, jadinya hanya setia dengan petronas.

Dah tahu dah Petron terbaik, tapi saya tetap beli petronas sebab petronas bayar zakat banyak setiap tahun.

Support Petronas n BHP.

Dari komen yang diberikan, ada juga yang ragu-ragu dengan pengiraan tersebut kerana bagaimana setiap RM1 dikira dari 1 liter. Tetapi Faizan respon dengan pantas dan menunjukkan bukti pengiraan tersebut menerusi aplikasi setiap stesen minyak ini.

Kesimpulannya terpulanglah kepada anda stesen minyak manakah yang menjadi pilihan anda. Mungkin sesetengah dari pelanggan akan mengutamakan point setiap kali mengisi minyak dan ada juga yang lebih fokus kepada jarak stesen dari rumah. Ianya boleh dikira menjimatkan juga kerana jimat petrol untuk ke stesen dan menjimatkan masa. Itulah perkara yang lebih penting bila seseorang itu membuat pilihan stesen minyak.

Bagi anda yang ingin pulangan yang lebih berbaloi dari point dan kelebihan pelanggan, anda boleh mengikuti tips dari Faizan ini, semoga bermanfaat untuk anda!

Reply