no comments

Langgar Pemikiran Logik, Bagaimana Air Telaga Zam Zam Bertahan Berabad Lamanya, Adakah Ini Puncanya?

Air Zamzam mula dijejaki dimana ianya berasal dari telaga di sekitar Masjidil Haram, Makkah, Arab Saudi. Sudah menjadi kebiasaan, umat Islam yang menunaikan Haji dan Umrah akan pergi ke telaga Zamzam dan akan bawa pulang ke tanah air masing-masing untuk dikongsi kepada masyarakat lain yang belum berkesempatan ke serambi berkat ini.

Mengikut perkiraan sebenar, telaga Zamzam berjarak 11 meter dari Kaabah. Keadaan yang terkini, telaga Zamzam sekarang berlokasi di ruang bawah tanah yang boleh dilihat dari belakang dinding kaca. Daripada sumber yang meyakinkan, telaga Zamzam mampu menyedut sehingga 18.5 liter air sesaat dan mampu menghasilkan 660 liter air setiap minit.

Mengikut bahasa arab, zamzam bermakna “banyak” atau “limpahan”. Maksud ini sangat sesuai dengan kehebatan air Zamzam yang langsung tak pernah kering walaupun telah digunakan beribu tahun lamanya. Sejarah Air Zam Zam telah didedahkan dalam hadis sahih bukhari, dimana air Zam Zam kali pertama terpancut keluar semasa Nabi Ismail menangis kehausan di padang pasir bersama ibunya, Siti Hajar.

Ajaibnya, peristiwa ini pertama kali berlaku adalah pada 4,000 tahun yang lalu dan timbul pelbagai persoalan kepada orang awam sehingga kini, bagaimana mungkin air Zamzam ini tak pernah kering selama berpuluh abad.

Dilap0rkan menerusi Egypt Today, Abbas Sharạqi, Profesor Geologi dan Sumber Air di Institut Penyelidikan Afrikạ, menyatạkan bahawa air di telagạ Zamzạm tidak pernah kering kerạna dihubungkan dengạn air bawah tanạh yang boleh diperbạharui.

Profes0r Sharạqi menjelaskạn bahawa air Zamzam adalah air yang boleh diperbahạrui kerana sumbernya adalạh air hujan di Kota Makkạh. Makkah adalạh kawasan pergunungạn dan salạh satu lembah terdapatnya keupayaan untuk menạmpung air Zamzạm di datarạn rendạh.

Tambah Profesor lagi, rupanya ada endapan sungai sepanjang 14 meter yang terbentuk dari air hujan di pergunungan yang jatuh ke dataran rendah dan berubah menjadi sedimen. Kehebatan semulajadi ini memerlukan jutaan tahun untuk menghasilkan telaga Zamzam yang panjangnya hingga 14 meter.

Profesor Sharaqi juga mendedahkan, di bahagian paling bawah terdapat bạtu yang membentuk kedalạman telaga Zạmzam sedalam 35 meter. “Air telaga Zamzam dimanfaatkan sebagai air minuman untuk jemaah di mekah dan tak digunakan untuk tujuan pertanian,” ujarnya.

Video ini telah kongsikan bagaimana keajaiban ini berlaku.

“Telaga Zamzam telah memberi manfaat selama 4,000 tahun, keajaiban ini membuatkan kita mengandaikan kalau tidak ada hujan di Arab Saudi, mesti air akan habis. Tetapi, Allah mengurniakan keadaan iklim yang stabil dan tidak berubah, telaga terus mengeluarkan air yang melimpah ”tambah Profesor Sharaqi.

Sebagi umat islam, kita harus bersyukur atas kurniaan keajaiban ini , ini juga antara punca kenapa mekah menjadi tempat tumpuan seluruh dunia dan penganut agama lain turut cemburu dengan kelebihan yang diberikan ini.

Reply