Lagi Mahal Belanja Kahwin, Lagi Singkat Usia Perkahwinan
Perkahwinan adalah saat yang paling indah dalam hidup. Jadi tidak hairanlah jika ada diantara pasangan yang sanggup menghabiskan beribu ringgit untuk meraikan hari indah tersebut dengan alasan sekali seumur hidup.
Tetapi, kajian yang dibuat mendapati, semakin besar dan mahal belanja perkahwinan tersebut, semakin singkat hubungan pasangan itu nanti.
Laporan daripada Dailymail.UK, sebuah kajian yang dilakukan oleh dua orang profesor dalam bidang ekonomi dari Emory University, Amerika Syarikat mendapati, semakin banyak kos yang dikeluarkan untuk perkahwinan, semakin singkat usia perkahwinan mereka.
Kajian tersebut dilakukan kepada lebih daripada tiga ribu orang yang telah berkahwin dan pernah berkahwin.
Daripada kajian tersebut mendapati bahawa semakin besar kos yang dikeluarkan untuk perkahwinan, ternyata semakin tinggi kemungkinan penceraian akan berlaku.
Dua profesor tersebut iaitu Andrew Francis dan Hugo Mialon menyatakan berlakunya penceraian adalah kerana pasangan bergaduh disebabkan hutang kos perkahwinan keliling pinggang.
Bukan tak boleh buat majlis besar-besaran, tapi biarlah ikut kemampuan dan jangalah membazir.