no comments

Selepas Dikutuk Teruk Kerana Statement ‘2 KERJA’… Ini JAWAPAN BALAS Ahmad Maslan

Ahmad.jpg

Selepas Dikutuk Teruk Kerana Statement ‘2 KERJA’… Ini JAWAPAN BALAS Ahmad Maslan Buat Rakyat…!

Semalam, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Ahmad Maslan, sekali lagi mengeluarkan ‘statement bodoh’ kepada rakyat. Ahmad Maslan sarankan rakyat lakukan 2 kerja untuk menampung kos sara hidup yang semakin tinggi di negara ini. Kenyataan itu pastinya mendapat kecaman hebat dari pelbagai pihak.

Selepas dikritik teruk kerana bercakap tentang dua kerja rakyat Malaysia bagi menampung kos sara hidup tinggi, Datuk Ahmad Maslan hari ini tampil membalas dan mempertahankan kenyataan itu.

Malah, katanya, beliau sendiri melakukan tiga pekerjaan dalam kerajaan dan partinya Umno.

“Saya ada 3 kerja: anggota parlimen, timbalan menteri, ketua penerangan Umno. Ramai dah di Malaysia yang buat #2Kerja.

“Berusaha gigih cari rezeki yang halal,” kata timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri.

Mengulas kenyataan kontroversinya itu, Ahmad Maslan juga berkata beliau bercakap berkaitan dua kerja ketika ditanya wartawan, dalam konteks perniagaan atas talian.

“Jika kerja sedia ada waktu siang, boleh business online waktu malam dan hujung minggu asal tak jejas prestasi, boleh tambah pendapatan,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata terdapat peraturan yang perlu diikuti bagi pihak yang bekerja tetap.

“Untuk yang kerja sendiri, tak ada isu,” katanya.

Pagi menyawit, petang kedai runcit’

Dalam siri tweet menggunakan hashtag #2kerja hari ini, beliau juga menjelaskan orang kampung sudah biasa dengan amalan itu.

“Pagi menyawit, petang kedai runcit. Pagi menoreh, petang menyawit. Pagi ambil upah menebas, petang bertukang buat rumah,” jelasnya.

Sementara itu, Ahmad juga menegaskan bahawa pemimpin pembangkang juga melakukan banyak kerja seperti Datuk Seri Wan Azizah Ismail yang menjadi anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, anggota parlimen dan ketua pembangkang.

Begitu juga dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, kata Ahmad lagi. – Malaysiakini

Reply