no comments

Krisis Kedah… Akhirnya Mukhriz Berjaya Disingkirkan…

Krisis Kedah... Akhirnya Mukhriz Berjaya Disingkirkan....jpg

Krisis Menteri Besar Kedah dilihat hampir ke penghujungnya apabila Datuk Seri Mukhriz Mahathir pada hari ini (Rabu) mengumumkan melepaskan jawatan sebagai menteri besar Kedah.

Ketika mengumumkan perkara itu pada sidang media di Wisma Darul Aman di sini, Mukhriz berkata, beliau dimaklumkan telah hilang sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri Kedah.

“Saya dimaklumkan saya hilang sokongan majoriti oleh Jemaah Pemangku Sultan Kedah semalam,” katanya pada sidang media.

Bagaimanapun beliau menegaskan tetap setia kepada Umno walaupun tanpa sebarang jawatan.

Katanya beliau juga telah menolak tawaran untuk menjadi timbalan menteri yang ditawarkan oleh Najib.

“Saya akan terus lantang bersuara. Umno perlu menjalani transformasi drastik,” katanya.

Dalam pada itu, Mukhriz turut mengumumkan perletakan beliau sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

Mengenai jawatan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, beliau menyerahkan perkara itu kepada presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mukhriz berkata beliau tidak memaklumkan kepada bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai keputusannya untuk meletak jawatan.

ka1.jpg

ka2.jpg

Sementara itu, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah akan dilantik sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu menggantikan Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

Berikutan perletakan jawatan Datuk Seri Mukhriz, Jemaah Pemangku Sultan Kedah telah memperkenan Datuk Ahmad Bashah, Adun Bakar Bata dilantik sebagai Menteri Besar Kedah berkuatkuasa 4 Februari 2016.

Majlis pelantikan Menteri Kedah yang baharu akan diadakan pada 4 Februari 2016 (Khamis) pada jam 10 pagi di Istana Anak Bukit, Alor Setar.

Reply