no comments

“Korang Ada 24 Jam, 10 Minit Pun Tak Boleh Spend Masa Mengaji” Rosyam Noor Tegas Dengan Staf Dipuji Netizen

Pelakon senior dan serba boleh yang kini bergelar usahawan sememangnya sering dikagumi masyarakat dan peminat tak kira dalam dunia lakonan ataupun di luar bidang seni.

Terkini, pemilik syarikat penerbitan Suhan Movies telah berkongsi satu video melalui channel youtubenya. Dalam perkongsian tersebut, ianya menunjukkan Dato Rosyam Nor atau pemilik nama sebenar Mohamed Noor Bin Shamsuddin dilihat sedang mengajar para pekerjanya mengaji iqra.

Apa yang menarik perhatian ramai, para pekerja yang diajari oleh Dato Rosyam bukan sahaja lelaki, malah termasuk pekerja wanitanya dalam kira-kira 20 orang kesemuanya.

Dalam rakaman berkenaan jelas kelihatan ketegasan yang dimiliki beliau mengajar para pekerjanya. Beliau sememangnya nampak garang, ibarat gangster namun tetap ada lawak jenakanya. Dato Rosyam yang biasa dipanggil mesra Tok Syam bukan sekadar mengajar mengaji sahaja, malah turut memberikan pesanan dan nasihat tentang kehidupan, terutamanya kesedaran beragama dan kepentingan mengaji Al-Quran dalam kehidupan.

Menurut sumber, Rosyam pernah berkongsi kisah bagaimana beliau mempunyai kesedaran dan ingin belajar tentang agama ketika usianya sudah mencecah 45 tahun. Semuanya bermula apabila dia telah kehilangan ayahnya, akhirnya dia menyedari bahawa dirinya tidak pandai mengaji walaupun diusia yang agak lewat.

Pelakon yang terkenal sebagai watak ‘Tailong’ dalam filem KL Gangster itu memberitahu, setelah berpuluh tahun dia meninggalkan Al-Quran, akhirnya pada usia 45 tahun beliau terdetik untuk kembali mendekati kitab suci umat Islam itu.

Hasil usahanya ingin mendekati Al-Quran, beliau sanggup bermula dengan belajar dari peringkat iqra sehinggalah beliau mampu mengaji dan khatam Al-Quran pada usia 45 tahun. Alhamdulilah.

“Jauh di sudut hati saya, ada satu perkara yang membuatkan saya takut, kerana sehingga ke satu usia, saya masih tak pandai membaca Al-Quran. Arwah ayah saya meninggal dunia depan mata, dan pada ketika itu saya rasa hina sangat diri sebab masih tak boleh mengaji.

“Pada masa itu, saya rasa seorang Rosyam Nor tertunduk malu dan sedih kerana masih tak boleh mengaji. Saya terduduk menangis. Saya sangat teringin nak baca Al-Quran untuk ayah saya. Saya sangat sayangkan ayah dan mak. Kami ni orang susah, dulu tinggal satu keluarga dekat estet ladang dan kami memang tak pandai.

Tambah beliau lagi, sekiranya beliau menjadi imam di rumah, anak-anak pun dah tahu apa surah yang akan dibaca.

Beliau mengambil masa yang lama memasang angan-angan untuk belajar mengaji Al-Quran, sehinggalah hidayah datang dalam hidupnya melalui seorang ustaz.

“Dalam satu sesi penggambaran, ada seorang insan yang telah muncul dan pada peringkat awal saya hanya anggap beliau sebagai peminat biasa. Semasa itu saya mengaku bahawa saya ni tak pandai mengaji dan minta ustaz tersebut mengajarnya.

“Masa saya jemputlah ustaz tersebut datang ajar saya. Setiap hari saya belajar, dan umur 45 tahun saya berjaya khatam Al-Quran, semasa itu ialah 10 hari akhir ramadhan. Ya Allah indahnya ustaz. saya berusaha setiap tahun untuk cuba khatam Al-Quran, dulu kami sekeluarga agak jauh dari agama”.

“Tapi ada satu syarat, janganlah beritahu orang lain, sebab saya rasa malu, inilah masalah paling besar dalam hidup saya bila dah tua. Tapi kita janganlah malu. Alhamdulilah saya mula belajar mengaji dengan alif ba ta, ujar Dato Rosyam.

Kongsi beliau lagi, ibunya sempat mengerjakan haji, boleh mengaji dan keluarga beliau semuanya berhijrah. Paling sebak dalam hati apabila kisah isterinya yang mula bertudung. Anak perempuannya 5 orang itu pun semuanya dinasihati.

“Wahai anak ayah sekalian, ayah dulu banyak buat salah, ayah minta anak ayah tolonglah ayah, jadilah anak yang baik.

Dengan penuh kasih sayang , Dato Rosyam Noor sebagai ketua keluarga memimpin isteri dan anak-anaknya semua. SubhanaAllah, rahsia kemudahan ini semua adalah doa dari ibu dan ayah.

“Saya sudah hilang satu doa. Kini tinggal satu doa lagi dari ibu saya. Saya berikan dia duit dan minta beliau bersedekah banyak-banyak. Saya usaha sedekah dan niatkan Allah luaskan kuburr dan dihadiahkan syurga firdaus untuk ayah saya”.

Beliau yang juga Ikon Rumah Ngaji mengakui hanya menghafal tiga surah sahaja dulu iaitu Al-Fatihah, An-Nas dan Al-Ikhlas. Kini usia yang semakin meningkat tapi beliau tetap berbangga akhirnya beliau berjaya khatam Al-Quran di hadapan kaabah mekah.

Reply