no comments

Kerana K0men Celup4r Ini, Ibu Arw@h Sandra Dedahkan Sesuatu Pada Jasad Anaknya

“Siapa kita untuk menolak hidayah daripada Allah? Dan siapa kita untuk nak menentukan akhir hidup seseorang? Itu semua rahsia Allah swt. Hanya Allah yang tahu. Bersangka baiklah.”

Ibu kepada Allahyarham Sandra Dianne iaitu Nur Syakinah Abdullah meluahkan kekesalannya dengan komen-komen sinis dan biadap yang ditulis segelintir netizen atas kematian anaknya di laman sosial.

Katanya, komen negatif terhadap arwah meninggalkan kesan mendalam terhadap keluarga, lebih-lebih lagi selepas mereka baru kehilangan orang tersayang.

“Terima kasih kerana anda sudi komen walaupun komen anda tak sepatutnya ditulis sebegitu. Saya tak mahu bercerita tentang ini tetapi memandangkan komen anda sinis dan memedihkan hati, sebagai seorang ibu yang kehilangan anak dalam kemalangan yang tragis ingin saya beritahu ya, anak saya yang awak cakap mati katak tu meninggal dalam keadaan menangis dan hidungnya berpeluh.”

Wajahnya bersih, tenang seperti orang sedang tidur. Keluarga kami sedang berkabung, berhati-hatilah dengan komen-komen anda. Saya yakin Allah tempatkan anak saya dalam kalangan orang-orang yang diredhai…InsyaAllah,” katanya menerusi laman facebook.

Bersama kapsyen tersebut, dia turut berkongsi paparan skrin (screenshot) komen sinis yang ditulis sorang netizen mempersendakan pemergian peserta Big Stage itu.

Individu berkenaan dipercayai menggunakan akaun palsu dengan nama ‘Fatin Syahirah’ itu menulis pelbagai kata-kata hinaan terhadap penyanyi itu sehingga menimbulkan perbalahan dalam kalangan netizen.

Sementara itu, ibu arwah berkata, kehilangan anak sulungnya itu merupakan dugaan besar buat keluarga dan tidak menyangka Sandra pergi buat selama-lamanya.

“Berat sungguh dugaan yang mama kena hadap hari ni kakak. Mama tak sangka mama akan bawa kakak balik dalam keadaan kaku. Mama harap keajaiban berlaku dan harap awak bertahan. Tak buka mata pun tak apa, asalkan kakak terus bertahan hidup.”

“Bengkak dah mata mama menangis, sesak dada dan sakit yang amat menahan pedih tetap tak mengubah takdir yang anak mama dah pergi meninggalkan mama selamanya..seorang anak yang baik, sejak kecil tak pernah menyusahkan.”

“11 September 2020 pukul 1.00 pagi kakak pergi tinggalkan mama. Lima hari menjelang hari lahir kakak. Bayangkan kesedihan mama melalui semua ini tanpa kakak di sini.

“Banyak yang ingin mama coretkan tentang kakak, namun jiwa mama masih diselubungi rasa duka yang mendalam, rindu pada suara kakak memanggil.. dan yang paling dirindui selepas ini adalah suara kakak menyanyi di setiap penjuru rumah. Mama rindu!”

“Tenanglah kakak sana ya, mama akan selalu doakan kakak, buat pahala untuk kakak. InsyaAllah mama yakin Allah reda pada anak mama, Allah panggil pulang pada hari Jumaat yang indah penuh barakah dengan cuaca yang nyaman dengan sedikit hujan,” coretnya.

Sandra atau nama sebenarnya Alessandra Dianne Ampuria meninggal dunia pada pagi Jumaat selepas enam hari bertarung nyawa di ICU Hospital Putrajaya selepas terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite).

Jenazah arwah telah dibawa pulang ke sabah dan telah selamat disemadikan di tanah Perkuburan Islam Kampung Kauluan Sabah pada petang Jumaat- dengan dihadiri  kira-kira 100 orang terdiri daripada ahli keluarga dan jiran.

“Sebab itu kita tak boleh hukum orang sesuka hati. Boleh jadi orang yang hidupnya, penampilan luarnya nampak jahat, boleh jadi pengakhiran hidupnya Allah bagi hidayah dan jadi lebih baik di sisi-Nya.

Reply